4 Jun 2013

Posted by jinson on 4.6.13 No comments
Makan Serangga Dapat Atasi Obesiti | Menurut laporan dari salah seorang saintis dari Universiti Wageningen di Belanda, Arnold van Huis, beliau menyatakan memakan serangga sebenarnya mempunyai khasiat yang mungkin membantu memerangi obesiti.

Pendedahan itu dibuat oleh beliau dalam satu laporan yang disiarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam. Laporan itu disediakan oleh beberapa saintis berhubung kajian tentang pemakanan serangga. Sehingga kini, lebih 1,900 spesies serangga dimakan di dunia kebanyakannya di Afrika dan di Asia. Menurut Huis lagi, kebanyakan serangga mempunyai sejumlah protein dan mineral sama seperti daging dan mengandungi lebih banyak lemak yang disyorkan para doktor untuk diet seimbang. "Di Barat, kami mempunyai budaya tanggapan yang serong kerana serangga yang datang dari negara-negara membangun adalah tidak elok (untuk dimakan)," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog