CHINA – Seorang wanita warga emas berusia 95 tahun mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba ‘memanjat’ keluar dari kerandanya sendiri selepas disahkan ‘mati’ selepas enam hari. Li Xiufeng didapati langsung tidak bergerak atau bernyawa ketika dijumpai di rumahnya selepas dipercayai tersadung sehingga menyebabkan kepalanya tercedera dua minggu lalu. Anak lelaki nenek tua itu, Qingwang berusaha mengejutkan ibunya dari ‘tidur’ tetapi tiada tanda-tanda pergerakan diberikan oleh Xiufeng dan dianggap telah meninggal dunia. Selepas Xiufeng ‘disahkan’ tidak lagi bernyawa, Qingwang mengambil keputusan untuk melakukan persiapan upacara pengebumian ibunya itu. Bagi menghormati roh ibunya, Qingwang telah menyimpan ‘mayat’ Xiufeng di dalam keranda yang diletakkan di rumah mereka selama beberapa hari bagi membolehkan rakan-rakan dan saudara-mara mereka memberikan penghormatan terakhir buat mendiang. Bagaimanapun, sehari sebelum upacara pengebumian Xiufeng, seluruh ahli keluarga dan orang-orang kampung terkejut apabila mendapati keranda milik warga tua itu kosong. “Kami begitu takut, dan dengan serta-merta meminta jiran untuk datang mendapatkan bantuan,” kata Qingwang dalam Daily Chilli. Ekoran dari kehilangan ‘mayat’ Xiufeng, penduduk kampung telah melakukan gerakan bersama mencari dan menjejaki lokasi tubuh Xiufeng. Namun, mereka sekali lagi terkejut apabila menemui Xiufeng sedang berdiri kukuh dan memasak di dapur dalam rumahnya. “Saya tidur untuk masa yang lama. Selepas bangun dari tidur, saya rasa begitu lapar, dan ingin memasak sesuatu untuk dimakan,” kata Xiufeng selamba. Ketika tersedar dari ‘tidurnya’, Xiufeng berkata dia terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuka tudung kerandanya kerana keranda yang didiaminya itu terlalu berat. “Saya menolak tudung untuk masa yang lama untuk memanjat keluar,” katanya. Perkara pelik itu benar-benar memberikan tanda tanya kepada penduduk kampung dan ahli keluarga warga tua itu selepas mendapati tubuh Xiufeng masih lagi berada dalam keadaan panas meskipun telah ‘meninggal’ hampir selama enam hari.
3 Jun 2013
Posted by jinson on 3.6.13
No comments

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
Jun
(242)
-
▼
Jun 03
(10)
- Serius : Budak Perempuan 8 Tahun Diserang Dolphin ...
- [Video] Bapa Paksa Anak Berusia 4 Tahun Berlari Bo...
- Kantoi: CCTV merakam jururawat tengah MENDERA pesa...
- BANGANG : [Video] Pencuri iPad Kantoi & Terus Masu...
- SADIS : Hukuman Pada Pencuri Handphone Versi China
- RAJA FARAH SABAR MENUNGGU KEHADIRAN CAHAYA MATA
- BAYI 12 HARI MATI DI MAKAN TIKUS (INDIA)
- LAWAK BETULLAH MANUSIA NI! TERLEBIH ATAU BERLEBIHAN.
- KEMBALI HIDUP! keluar dari keranda selepas 6 hari ...
- Betul ke? Wanita ini mengandung selama 47 tahaun.
-
▼
Jun 03
(10)
-
▼
Jun
(242)
0 ulasan:
Catat Ulasan