KEJAM!! TENTERA MARIN AMERIKA KENCING ATAS MAYAT PEJUANG TALIBAN
Sarjan Joseph Chamblin, Seorang ahli anggota Marin Amerika telah dihukum dengan diturunkan pangkat selepas dia mengaku di makamah diatas hukuman membuang air kecil di atas badan pejuang Afghanistan yang telah mati. Selain daripada itu, Chamblin juga telah diberitahu tentang pengurangan gaji beliau sebanyak $500 (RM1500) selepas didapati bersalah. Rakaman video tentang perbuatan penghinaan itu telah tersebar pada bulan Januari tahun ini. Tiga lagi anggota marin yang bersama-sama Chamblin pada waktu itu juga tidak terlepas dari hukuman, mereka akan didakwa di Mahkamah Tentera Amerika. Di dalam video tersebut Chamblin berkata “Have a good day, buddy.” satu penghinaan yang menyemarakkan amarah kebanyakan orang Afghanistan. Insiden itu dipercayai berlaku semasa operasi tembak balas pemberontakan Marin Amerika dan Pejuang Taliban di daerah Helmand, Afghanistan pada 27 Julai 2011. Sebulan selepas kejadian tersebut, sebuah protes besar-besaran telah tercetus di Afghanistan untuk membantah perbuatan menghina Askar Marin amerika tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan