1 Mei 2013

Posted by jinson on 1.5.13 No comments
SEORANG anggota polis melihat keadaan MPV Toyota Innova yang dinaiki keluarga Ghazali selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Marang, Terengganu. KUALA TERENGGANU - Seorang pegawai polis tidak menyangka akan kehilangan isteri dan dua anaknya secara serentak apabila ketiga-tiga insan yang dicintanya itu maut selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 27 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang di Kampung Sungai Mali, Wakaf Tapai, Marang semalam. Superintendan Ghazali Daud, 49, yang bertugas sebagai Urusetia di Unit Agama dan Kaunseling Bukit Aman kehilangan isterinya, Haniza Abdul Rahman, 40, serta dua anak, Ahmad Firdaus Izzudin, 10, dan Nur Aliah Adibah, 9, dalam kemalangan pada pukul 3.45 pagi itu. Ketiga-tiga mangsa maut akibat cedera parah di kepala dan badan selepas tercampak keluar daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova yang dipandu Ghazali. Kejadian itu turut mengakibatkan Ghazali yang juga imam Masjid Bukit Aman patah paha kiri. Turut berada dalam MPV itu ialah lima lagi anak pasangan itu. Nur Aliah Afifah, 6, dan Nur Aliah Atikah, 5, dilaporkan kritikal kerana cedera parah di kepala. Aina Yusra, 2, patah paha kiri manakala Ahmad Fahmi Izzudin, 12, dan Akilah Husna, tujuh bulan pula cedera ringan. Difahamkan, mereka dalam perjalanan ke rumah keluarga Haniza di Kampung Gong Pak Jin, Gong Badak dari Kuala Lumpur.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog