7 Mei 2013

Posted by jinson on 7.5.13 No comments
Terdapat sebuah kemalangan jalan raya telah berlaku yang melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Camry yang dilihat hilang kawalan. Kemalangan ini telah mengakibatkan semua penumpang kereta tersebut terkorban.Satu video Youtube tentang sebua kemalangan jalan raya di Arab Saudi telah tersebar dengan luasnya. Setakat ini jumlah views mencecah hampir 2.8 juta orang. Kemalangan ini memang sungguh mengerikan kerana ia terjadi dari awal hingga akhir kejadian yang mana ia sempat dirakamkan oleh salah seorang saksi yang berada di situ. Tonton video di atas.Memang mengerikan! Walaupun penulis bukan kaki Youtube, tetapi video ini telah menarik minat penulis untuk mengetahui apakah yang telah membuatkan ia ditonton sehingga melebihi 2.8 juta tontonan. Pada awalnya, ia sekadar menunjukkan kereta jenis Toyota Camry berpusing melawan arah jalan lalu terbalik. Namun tak sangka pula ia telah menyebabkan penumpang di dalamnya tercampak keluar malah ada yang terhumban tinggi kehingga 10 kaki! Lebih memeranjatkan, video itu turut merakamkan sebelah kaki kepada salah seorang daripada nahas jalan raya itu terpelanting jauh.Dikhabarkan kemalangan yang berlaku pada sekitar June 2012 telah mengorbankan empat orang penumpang yang berada di dalam kenderaan berkenaan. Tidak tahulah apa puncanya ia berlaku sedemikian rupa. Tapi bila penulis tengok kepada keadaan tayar kereta itu ia nampak seperti dipandu laju. Tidak pasti pula sebab penulis tidak arif tentang kereta. Apa yang penulis nasihatkan semasa memandu sila mengikut had laju yang telah ditetapkan dan patuhi undang-undang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog