17 Mei 2013

Posted by jinson on 17.5.13 No comments


 JENAYAH Khamis Mei 16, 2013 Guru Mati Akibat Sakit Jantung Ketika Sambutan Hari Guru ALOR SETAR: Seorang guru wanita meninggal dunia selepas mengalami serangan sakit jantung ketika menyertai sukaneka sempena sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Pendang pada Khamis. Dalam kejadian 11 pagi, mangsa Che Maznah Mad Isa, 56, yang dikatakan menyertai permainan kerusi berirama di dewan sekolah, tiba-tiba rebah sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Pendang oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Suami mangsa, Sudarji Shatry, 53, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian isterinya. "Arwah sebelum ini tidak pernah mempunyai sebarang penyakit kritikal dan tidak pernah mengadu sakit," katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, Khamis. Che Maznah yang mengajar subjek Matematik, berkhidmat selama 32 tahun di sekolah itu dan disifatkan seorang guru yang tegas. Arwah berasal dari Alor Setar, menetap di Kampung Banggol Petai Luar, Pendang dan mempunyai tiga orang anak. Mayat mangsa dihantar ke HSB untuk bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Pendang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog