9 Mei 2013

Posted by jinson on 9.5.13 No comments
Mesti anda tertanya-tanya mengapakah lelaki dan wanita membawa bungkusan mayat ke dalam bas. Sebenarnya tindakan mereka adalah untuk membawa mayat anaknya yang telah meninggal dunia di hospital. Akibat kesempitan wang, mereka tidak mampu menyewa van mayat untuk dibawa pulang. Apa yang mampu dilakukan adalah menaiki kenderaanawam. Bagaimanapun, tindakan mereka sebenarnya telah menyalahi undang-undang. Mengapa?Seorang bapa di China telah ditahan atas tuduhan cuba menyeludup mayat anak perempuannya berusia dua tahun dalam sebuah beg menaiki bas selepas kanak-kanak itu mati. Yang Cheng, 35, dan isterinya Lin Sunmembawa mayat anak mereka dari rumah mayat di Hospital Hefei, di wilayah Anhui selepas memasukkannya ke dalam sebuah beg yang besar. Mereka kemudian pergi ke stesen bas tempatan di mana mereka cuba untuk menaiki bas dan kembali ke rumah mereka di Ququi.Walaubagaimana pun, rancangan itu telah gagal apabila pengimbas keselamatan mengesan mayat kanak-kanak itu di dalam beg. Polis telah dipanggil dan Encik Yang telah disoal siasat. Dia memberitahu, mereka terpaksa melakukannya selepas menyedari bahawa mereka tidak mampu membayar van mayat. Lelaki itu akhirnya dibebaskan tanpa hukuman dan sebuah teksi swasta dibayar untuk dua jam perjalanan kembali ke rumah. Jurucakap polis berkata: “Ia adalah dilarang untuk membawa mayat dalam pengangkutan awam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog