29 Mei 2013

Posted by jinson on 29.5.13 No comments
Analia Bouter melahirkan bayi kelimanya ketika mengandung 26 minggu.Malangnya bayi itu dikatakan meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan dan ibu bapanya pulang membawa sijil kematiannya.

 

Dua belas jam kemudian, Puan Bouter dan suaminya memutuskan untuk pergi ke hospital semula untuk melihat mayat bayi mereka yang diletakkan di dalam peti sejuk di bilik mayat hospital.Sebaik peti dibuka, ternyata bayi itu masih hidup! "Pada mulanya, doktor berkata bahawa dia dilahirkan mati kerana dia terlalu kecil untuk terus hidup.Saya tidak tahu harus salahkan siapa, dan saya tidak memikirkan tentang itu pada ketika ini.Saya seorang yang beragama dan saya percaya ini adalah satu keajaiban Tuhan.''Kata Puan Bouter.Bayi itu akan dinamakan Luz Milagros, yang bermaksud Light Miracles walaupun nama yang difikirkan sebelum kejadian itu ialah Luciana Abigail.


 Sementara itu, hospital Perrando telah menggantung kakitangan perubatan yang terlibat dalam kelahiran ini sementara siasatan terus dijalankan.Pengarah hospital Jose Luis Meirino berkata''Bayi tersebut telah dirawat oleh obstetrik, pakar ginekologi dan neonatologi dan mereka semua telah mencapai kesimpulan yang sama, bahawa bayi ini adalah lahir mati.''

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog