28 April 2013

Posted by jinson on 28.4.13 No comments
Al Quran Bahasa Portugal Hadiah Untuk Ronaldo | Mungkin ramai yang telah mendengar berita bahawa Cristiano Ronaldo dihadiahkan sebuah Al-Quran setelah menjadi duta perusahaan operator selular Arab Saudi, Mobily. Tapi, tahukah anda, bahawa Al-Quran tersebut telah pun diterjemahkan dalam bahasa Portugal? Begitulah laporan yang dipetik dari akhbar Al-Riyadh. Kehadiran CR7 ke Arab Saudi adalah kerana menjadi duta produk Mobily. Pemain termahal di dunia itu akan membintangi beberapa iklan selama tiga bulan dengan pengambilan lokasi penggambaran di ibu kota Arab Saudi, Riyadh. Sebagai balasan, selain mendapat hadiah istimewa kitab suci Al-quran, kapten pasukan Portugal itu juga mendapat bayaran tinggi bernilai enam juta dolar US. Spekulasi tersebar, bahawa Mobily memilih Ronaldo kerana sikapnya yang terkenal sebagai dermawan dan beberapa kali mendermakan sejumlah pendapatannya untuk perjuangan Palestine. Meskipun begitu, hanya bekas pemain Manchester United itu saja yang tahu mengapa dia terpilih menjadi duta perusahaan operator selular di negara tempat lahirnya agama Islam itu.-AP

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog