2 November 2013

Posted by jinson on 2.11.13 No comments
cheryl samad ezad lazim masing-masing dapat baby perempuan Perkahwinan pengacara Cheryl Samad bersama jejaka keturunan Cina, Ng Ping Ho yang dibina dua tahun lalu bertambah bahagia apabila pasangan ini baru saja menerima kedatangan orang baru dalam hidup mereka pada 18 Oktober 2013.
Difahamkan, Cheryl sudah selamat melahirkan bayi perempuan pada hari Jumaat dengan menamakan anaknya itu Stella. Berita gembira ini baru saja dikongsi Cheryl petang semalam di laman instagram miliknya. Selain Cheryl, penyanyi Ezad Lazim juga telah mengumumkan berita gembira yang sama yang mana dia turut dikurniakan seorang bayi perempuan
 Menurut sumber, isteri Ezad bernama Nor Azeana Ramli telah selamat melahirkan bayi tersebut secara pembedahan di Hospital Ampang pada petang Rabu lalu iaitu 29 Oktober 2013. Admin diberitahu, bayi perempuan itu masih lagi di bawah kawalan rapi kerana ia dilahirkan tidak cukup bulan. Namun, berat bayi tersebut adalah 1.7 kilogram.
Apapun, Admin doakan agar anaknya itu sihat dan berada dalam keadaan stabil. Di kesempatan ini, Admin ucapkan tahniah kepada Cheryl dan Ezad kerana dapat puteri dalam keluarga mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog