Dalam industri fesyen Muslimah, terutamanya gaya hijab, kita banyak lihat perubahan gaya bermula daripada tudung bawal segi tiga yang biasa kepada selendang yang dibentuk unik menutup kepala. Mari kita lihat beberapa gadis Hijabi kesayangan dan bagaimana untuk menggayakan hijab anda seperti mereka!
Selendang
Selendang merupakan kegemaran ramai. Ia wajib dimiliki semua kerana berfungsi sebagai asas gaya seorang hijabi. Dengan selendang sahaja anda mampu membentuk pelbagai gaya elegan dan ayu. Anda boleh cuba lilit selendang gaya Arab seperti ini.
Katakanlah anda rasa lebih kreatif dan ingin cubakan kelainan. Fazrena Aziz daripada Tudung People berkongsi tip menggayakan tudung Side Fringe. Hendak menggunakan aksesori bersama tudung? Aishah Amin daripada Hijab Diaries menunjukkan cara memakai rantai leher bersama selendang!
Tudung syria
Tudung Syria merupakan kegemaran kebanyakan pemakai tudung kerana ia mudah dipakai. Kebanyakan butik di luar sana turut menjual tudung Syria yang sudah siap dijahit. Si jelita Farah Adeeba turut minati gaya tudung Syria ini, tambahan pula ia tampak cantik dengan bentuk wajah si Farah yang persis wanita Arab.
Hana Tajima
Tampak agak kompleks dan ada kalanya saya rasakan hanya orang tertentu sahaja boleh memakai tudung seperti Hana Tajima ini dan nampak menarik. Walaubagaimanapun, gaya tudung Hana Tajima ini memberikan gaya moden kepada seorang hijabi.
Turban
Adik beradik kesayangan saya, AzuraAzwa memberikan nafas baru kepada penggayaan hijab dengan rekaan turban mereka. Saya suka cara turban ini memberikan gaya anggun terutamanya kerana material yang dipilih Azura dan Azwa. Biarpun tampak anggun, gaya turban ini sesuai untuk semua acara biar siang atau malam.
Tudung Bawal
Ingat lagi tudung bawal? Inilah tudung pertama yang digayakan setiap hijabi semasa mula belajar bertudung. Dan seperti yang dibuktikan si manis Norjuma Habib, gaya tudung ini biar simple namun tetap manis.
Biarpun sudah berbelas tahun ibu bapa mereka berpisah dan sudah tiga tahun mereka tidak bertemu bapa mereka, anak-anak Syafie bagaimana pun rapat dengan ibu bapa kepada AC Mizal, iaitu datuk dan nenek mereka, malah Syafnie dan anak-anak juga rapat dan tetap keluar bersama keluarga sebelah bapa.
Biasanya,pemandu yang membantu penumpang dengan menawarkan tumpangan, tapi di ibu negara Indonesia, ianya adalah sebaliknya. Penumpang dibayar untuk menumpang kereta orang asing 'dan membantu mereka mencapai tujuan mereka lebih cepat.
Metropolis terbesar keenam di dunia, Jakarta mempunyai penduduk lebih dari 30 juta dan kira-kira 20 juta kereta yang berdaftar. Malangnya, infrastruktur jauh lebih maju berbanding dengan bandar-bandar besar yang lain seperti New York, Tokyo atau Singapura, yang bermaksud lalu lintas mengerikan. Untuk mengurangkan kesesakan, kerajaan telah mewujudkan "Three in One" zon yang hanya boleh diakses oleh kenderaan yang mengangkut sekurang-kurangnya tiga penumpang.
Bagi untuk sampai kedestinasi tanpa di kenakan denda, Setiap pagi, penduduk miskin dari pinggiran Jakarta dapat dilihat melapisi kaki lima berhampiran jalan masuk ke Three in One zon, menawarkan diri untuk pemandu yang terburu-buru. Mereka dikenali sebagai joki, dan tidak seperti penumpang biasa, mereka tidak menunjukkkan ibu jari mereka ke driver, tetapi jari telunjuk mereka untuk isyarat solo joki bekerja, dan jari tengah tambahan untuk isyarat beberapa, biasanya ibu dan bayi.














