Memaparkan catatan dengan label ASTAGA. Papar semua catatan

14 Julai 2013

“Sebaik terjun dan menyelam ke dasar kolam, saya melihat seorang wanita terkulai di tempat duduk penumpang belakang dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan badan terbelit tali pinggang keledar,” kata seorang saksi kemalangan maut di Kilometer 24, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kuala Pilah semalam.
 Saksi berkenaan, Mikail Malik, 15, berkata dia dan rakannya, Mohd Izzat Mohd Nizar, 16, yang berada di tempat kejadian terjun ke dalam kolam memancing itu bagi menyelamatkan mangsa sejurus kemalangan. “Ketika kejadian, saya bersama Izzat dalam perjalanan ke Ampangan, Seremban, sebelum ternampak sebuah kereta menjunam laju ke dalam kolam berkenaan.
 “Saya cuba membantu mengeluarkan mangsa, namun gagal kerana badan wanita itu tersekat pada tali pinggang keledar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam. Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Suzimah Shuhaimi, 28, dari Batu Caves, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas selepas badannya terbelit tali pinggang keledar.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah menghala Seremban cuba memotong treler di depannya, namun gagal selepas tiba-tiba sebuah bas henti-henti berada di laluan bertentangan.
 Suzimah cuba masuk semula ke laluannya, namun kenderaannya bergesel dengan treler yang cuba dipotong menyebabkan keretanya terbalik beberapa kali sebelum terjunam dalam kolam berkenaan yang terletak di kiri jalan.
 Menurut Mikail, dia meminta bantuan pemandu lori yang melalui kawasan itu untuk menarik kereta berkenaan, namun gagal kerana kereta itu terbenam dalam lumpur.
 “Saya terkilan kerana lambat terjun dalam kolam itu untuk menyelamatkannya, jika tidak mungkin wanita itu masih hidup,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, wanita terbabit yang memandu berseorangan dari Kuala Pilah ke Seremban, di sini, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Selangor berdasarkan penemuan dua beg pakaian dalam kereta itu. Katanya, setiba di tempat kejadian berhampiran sebuah kolam, kereta mangsa cuba memotong treler yang membawa batu, namun gagal kerana ketika itu, sebuah bas henti-henti datang dari arah bertentangan. “Mangsa cuba memasuki laluannya semula, namun bergesel dengan bahagian depan kanan treler berkenaan menyebabkan mangsa hilang kawalan sebelum keretanya terjunam dalam kolam. “Keadaan kolam yang dalam menyebabkan orang ramai tidak dapat membantu membawa keluar mangsa dipercayai lemas,” katanya. Menurutnya, mangsa dipercayai mati akibat lemas selepas gagal keluar dipercayai kerana badannya terbelit tali pinggang keledar tempat duduk belakang.
 “Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah,” katanya. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Pilah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
14.7.13 Unknown

13 Julai 2013

Seorang remaja Swiss melecur di bahagian peha apabila telefon pintar beliau Samsung Galaxy S3 meletup di dalam poket. Fanny Schlatter,18, cedera apabila Samsung Galaxy S3 dikatakan meletup di dalam poket seluarnya. Dia mendakwa akan membuat aduan terhadap Samsung. Fanny Schlatter berkata “Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan – seperti mercun. ‘Kemudian saya perasan bau kimia pelik dan seluar kerja saya mula terbakar.’ Dia bergegas ke bilik mandi yang terdekat sebelum memandu ke hospital. Cik Schlatter menjelaskan: ”Nasib baik rambut saya telah diikat dan mempunyai sweater yang sukar terbakar”. Beliau kini merancang untuk memfailkan aduan undang-undang terhadap pembuat telefon Korea.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Samsung memberitahu ‘Apabila kami dapat produk tersebut, Pihak kami akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh untuk menentukan punca sebenar kejadian ini. “Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa kami sentiasa bekerja mengawal kualiti yang ketat dan standard keselamatan untuk memastikan kemudahan dan keselamatan pengguna. Ini bukan kali pertama bateri telefon telah meletup. Di tempat lain, bateri telefon secara spontan terbakar dalam poket belakang seorang lelaki dalam sidang DEFCON hacking di Amerika Syarikat pada tahun 2010, dan pada tahun 2009, seorang lelaki terbunuh apabila telefon beliau meletup sehingga terputus arteri lehernya. Bulan lalu, satu kebakaran di sebuah rumah Peterborough dianggap berpunca dari letupan sebuah bateri dari telefon bimbit.
13.7.13 Unknown

Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Baginda berdua akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan peserta yang bertanding. Mengikut protokol majlis, setiap peserta perlu tunduk sebagai tanda hormat kepada Duli Tuanku. Pada Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke 54 (2013), berlaku satu kejadian yang mencuit hati dan berjaya dirakam. Ia adalah apabila salah seorang qariah dari Senegal hampir terjatuh ketika mengambil hadiah. Kejadian tersebut terjadi ketika qariah itu tunduk hormat dihadapan Permaisuri Agong sehingga sukar untuk mengawal keseimbangan badan. Secara spontan, Permaisuri Agong telah berenjak ke hadapan dan menjerit akibat kejadian itu. satu sifat yang jarang sekali kiat dapat lihat dalam Permaisuri Agong yang kerap tenang dalam apa jua keadaan. Melihat kepada kejadian itu, pastinya ramai yang tidak mampu menahan hilai tawa tatkala melihat qariah itu terundur ke belakang. Bagaimanapun, syabas kepada qariah tersebut yang telah berjaya mewakili negaranya dalam pertandingan tersebut.

Seorang nelayan terkejut selepas menemukan rangka manusia yang lengkap berpakaian terapung di pesisiran pantai Pulau Kendi di Balik Pulau hari ini. Kejadian berlaku pukul 11.37 pagi ketika nelayan berusia lingkungan 40-an itu dalam perjalanan pulang selepas selesai melabuh pukat di kawasan tersebut. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, mayat itu dijumpai terapung dengan memakai baju T warna kuning dan seluar pendek. Menurutnya, identiti mangsa juga tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri pada rangka tersebut. “Kita juga tidak dapat menjangkakan tempoh kematiannya berikutan keadaan mayat yang sudah reput,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Operasi membawa rangka itu dilakukan oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sehingga ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Batu Maung. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut dan akan menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Pulau Pinang.

“Saya menderita dua bulan hingga terlantar di atas katil sampai mata bernanah dan mengeluarkan darah. Kemudian satu benjol sebesar telur ayam timbul di pipi kanan,” kata bekas peserta Mentor musim ketiga, Suriana Ab Wahab atau Keena ketika menceritakan pengalaman hitamnya dipercayai disantau tiga kali sepanjang tiga tahun bergelar artis. Penyanyi berusia 25 tahun itu menyatakan pertama kali dia terkena buatan orang dua minggu selepas program realiti TV itu berakhir menyebabkan berat badannya turun secara mendadak dan hilang selera makan. Keadaan kesihatan dirinya bertambah teruk selepas mengalami muntah-muntah, termasuk muntah jarum berkarat hingga terlantar di atas katil selama dua bulan. Enam bulan selepas itu, dia sekali lagi terkena santau yang turut mempunyai tanda perubahan diri seperti demam dan datang bulan berpanjangan. “Pernah masa itu ketika saya memandu kereta, fikiran melayang dan hampir terbabit dengan kemalangan. Selepas berubat dengan pakar perubatan Islam, saya sihat semula. “Namun, saya tidak sangka ia kembali berulang dua bulan lalu, tetapi kali ini saya tanpa sedar bercakap dalam bahasa Jawa. Ketika itu, badan saya begitu lemah dan sering keletihan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhK801l0EQW5GF3ShRkPoFPBi6wJnc2J5mZ8JFyNjTOq2m9NjTUzUlIxqqP7CRhcFenFZcc13DNSUDumanaXX1UoRBEEs4kfNRhv_PcYpO2AC0vyZHspY9qlKFuHevgT_FyoWkZbUadv0k/s320/gaduh.jpg

Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera di dada dan bahagian badan selain trauma selepas dibelasah sekumpulan gadis ‘samseng’ yang juga rakannya di sebuah sekolah menengah di Klang, baru-baru ini. Mangsa, Siti Nor Lela Muhammad Zambri, 17, tidak hadir ke sekolah dan membuat tiga laporan polis selepas dia sudah tidak tahan dipukul sekumpulan 10 pelajar perempuan sejak tiga minggu lalu. Dalam kejadian pertama jam 11 pagi tiga minggu lalu, Siti Nor Lela berada dalam kelas bersama rakan lain sementara menunggu kedatangan guru sebelum didatangi sekumpulan pelajar terbabit dan memukulnya tanpa sebab. “Tanpa bertanya apa-apa mereka menendang dan menumbuk saya berkali-kali di bahagian badan, tengkuk dan perut. Menurut Siti Nor Lela, selepas kejadian itu, dia mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan terpaksa memakai alat pendakap leher akibat cedera. “Saya tidak hadir ke sekolah selama empat hari kerana tengkuk sakit,” katanya yang membuat laporan kali ketiga di Balai Polis Pandamaran, semalam. Dalam kejadian kedua pada Isnin lalu, jam 1.15 tengah hari, Siti Nor Lela dan rakannya menunggu bas di hadapan sekolah sebelum didatangi lima pelajar perempuan dan bertanyakan namanya. Apabila dijawab, pelajar itu menyepak dan menumbuknya beberapa kali selain perutnya dipijak seorang daripada mereka. Katanya, akibat kejadian itu, tisu dadanya terkoyak selain sukar bernafas. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Muhammad Mat Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit

“Tolong carikan kaki saya, encik,” raung penunggang motosikal, P Ravindran, 51, kepada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) supaya mencari kaki kanannya yang terputus akibat bertembung sebuah kereta dinaiki tiga beranak di Jalan Lesung Batu-Machap Umbo, dekat Alor Gajah, kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa menunggang motosikal Honda EX5 menghala bandar hilang kawalan lalu bertembung Proton Persona

.
Perlanggaran itu bukan saja menyebabkan mangsa yang berasal dari Karak, Pahang, putus kaki kanan, malah pahanya turut hancur selain patah kaki kiri. Dia turut tercampak kira-kira 10 meter. Anggota JPAM Alor Gajah, Mohd Jumat Rahim, 24, berkata, dia dan dua rakan setugas melalui jalan berkenaan ketika ke Hutan Perca. “Sejurus tiba di tempat kejadian, kami terkejut melihat seorang lelaki terbaring atas jalan dalam keadaan berlumuran darah sambil meraung meminta tolong.

12 Julai 2013

Kanak-kanak-cedera-ditembak-di-George-Town/
GEORGE TOWN, (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera terkena tembakan di perkarangan Pangsapuri Golf View Bukit Jambul, di sini malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, seorang lelaki melepaskan sekurang-sekurangnya 10 das tembakan dari jarak lima hingga 10 meter dan satu daripadanya menembusi bahagian atas lutut kiri kanak-kanak itu, B. Shawn Yashwin. Beliau berkata ketika kejadian bapa kanak-kanak berkenaan, E. Beritto, 33, sedang berbual dengan seorang rakan di perkarangan pangsapuri itu sebelum seorang lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC bewarna putih secara tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah mereka. "Bapa mangsa bekerja sebagai penarik kereta dan tinggal di Bayan Baru. Kami belum mengetahui tujuan dia ke situ dan mengapa dia membawa kanak-kanak itu bersama," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata siasatan polis mendapati bapa kepada kanak-kanak itu tidak memiliki rekod jenayah dan polis masih menyiasat sasaran sebenar suspek. Mazlan berkata polis menemui 10 kelongsong peluru berukuran 9mm di sekitar lokasi kejadian dan satu daripada kelongsong itu turut terpelanting dan mengenai dahi kanak-kanak itu. Beliau berkata kanak-kanak berkenaan kini dirawat di Hospital Pantai Bayan Baru, di sini dan keadaanya dilapor stabil. Polis akan meneliti kamera litar tertutup di lokasi kejadian bagi mendapat gambaran jelas kejadian, katanya. Beliau berkata maklumat awal mendapati suspek memakai topi keledar berpenutup separa, mengenakan jaket hitam dan bersarung tangan serta dipercayai menyelinap masuk dari pintu pagar belakang pangsapuri.

12.7.13 Unknown

Memilukan apabila dua beranak yang rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah banglo dua tingkat di Taman Pegawai Kanan Kerajaan di Assam Kumbang, Taping, tengah malam semalam, ditemui berpelukan. Peristiwa menyayatkan hati itu meragut nyawa Mohd Hakimi Zubair, 40, isterinya, Leila Sahak, 40, anak bongsu mereka, Ahmad Faris, 3, serta pembantu rumah mereka dikenali Riski, 40-an yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Tiga beranak dan pembantu rumah mereka itu berada di tingkat atas terperangkap dan terhidu asap tebal dalam kebakaran jam 12 tengah malam.

Mayat Leila dan Ahmad Faris ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di satu sudut di bilik utama rumah banglo berkenaan. Bagaimanapun, empat ahli keluarga lain, termasuk bapa kepada Mohd Hakimi, Zubair Puteh, 73, dan tiga lagi anaknya, Luqman Hafiy, 13, Ain Najwa, 11 dan Azad Fahmi, 8, yang tidur di tingkat bawah dapat menyelamatkan diri dan tidak cedera.

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut dengan kepala pecah akibat dihempap tayar lori kontena dipandu bapanya yang terbabas dan terbalik di Batu 10 Jalan Pagoh-Muar, ketika mangsa bersama kakak serta ibu bapanya dalam perjalanan ke Muar, semalam. Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, Mohd Afiq Amrin, 5, maut di tempat kejadian selepas lori dipandu bapanya, Mohd Yazid Banain, 44, terbabas di satu selekoh menyebabkan kenderaan berkenaan terbalik ke dalam parit berhampiran.

Mohd Afiq tercampak keluar dari kenderaan itu dan dihempap tayar kanan lori kontena menyebabkan kepalanya pecah manakala bapanya patah kaki. Ibunya, Suriyati Abd Rahman, 30-an, serta kakaknya, Nur Damia Batrisya, 6, cedera ringan dalam kejadian itu. Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar Razali Ismail berkata, satu jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan. Katanya, pihaknya mengambil masa hampir 20 minit untuk mengeluarkan Mohd Yazid yang tersepit di tempat duduk serta isteri dan anak perempuannya di tempat duduk belakang pemandu sebelum mengalihkan lori berkenaan bagi mengeluarkan mangsa yang berada di bawah tayar.

Wow! Nabila Huda Melaram Habis Di AucklandWow! Melihat gaya dan penampilan pelakon popular Nabila Huda yang sedang menjalani penggambaran drama di Auckland, New Zealand, tidak tumpah bagaikan seorang superstar terkenal antarabangsa. Anak kepada lagenda rock terkemuka, Amy Search itu sememangnya miliki gaya tersendiri dan bijak menyuaipadan persalinannya dalam cuaca dingin negara Kiwi berkenaan. Malah menerusi foto yang dikongsikan pelakon berkenaan di laman Instagram (kupu_kupu) miliknya, Nabila turut tampil dengan warna rambut terbaru yang sekaligus menaikan seri penampilan wanita genit itu. Cuaca dingin yang menyelimuti bandaraya Auckland bukanlah alasan untuk Nabila Huda tampil dengan jaket tebal bewarna gelap atau hitam, sebagaimana pilihan yang lazim. Sebaliknya Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 itu bijak memilih kepelbagaian jenis jaket seperti jaket military, tartan (berkotak), merah jambu atau hijau padu yang diseragamkan dengan skaf pelbagai corak bagi membaluti lehernya agar tidak ditiupi angin. Lebih menarik perhatian apabila Nabila Huda telah menggayakan beberapa jenis sepatu Dr Martens dan boot hitam sampai ke lutut. Ini membuktikan dia sememangnya bijak berfesyen dan memiliki citarasa yang kuat dalam bergaya. Dalam salah satu foto juga, Nabila Huda kelihatan hanya menyarungkan overall denim biru cair yang digayakan bersama skaf merah jambu bagi membutikan personaliti dirinya yang bersahaja tetapi tetap bergaya. Memang benar, mungkin gaya rambut terbarunya telah memberi impak yang cukup menyerlah apatah lagi apabila dia tidak pernah lekang dengan cermin mata hitam pelbagai gaya kala mundar-mandi di lokasi penggambaran. Inilah citarasa gaya seorang bintang popular yang sama sekali tidak statik tetapi penuh dengan variasi sesuai dengan usia, personaliti serta susuk badan.

9 Julai 2013

Kerana Tiba Masanya, Ayu Raudhah Sanggup Tinggalkan Anak! Perancangan awal dramatis jelita, Ayu Raudhah untuk kembali berlakon selepas Syawal tahun ini, nampaknya tidak menjadi sebaik saja menerima tawaran berlakon telemovie raya, Tiba Masanya terbitan Suhan Movies. Mungkin ada yang tertanya, apa kelebihan yang ada pada naskhah Tiba Masanya hingga membuatkan Ayu Raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan,28 terpanggil untuk menerima tawaran tersebut walaupun baru habis tempoh berpantang sekitar Mei lalu. Nyata watak sebagai ibu tunggal kematian suami lakonan Azhan Rani yang dalam telemovie arahan Khairul Amri Khalid yang sarat dengan pelbagai pengajaran dan meruoakan sebuah realiti yang berlaku di dalam masyarakat kita telah membuatkan Ayu 'mungkir' pada janjinya dan sanggup berjauhan dengan putera sulungnya, Muhammad Aisy Qaiser yang lahir pada 29 Mac lepas. "Saya pun tidak tahu mengapa saya boleh mengubah pendirian saya yang mahu kembali ke set atau menerima tawaran hanya selepas berakhirnya cuti raya nanti. Ini memang job pertama saya selepas bersalin Mac lepas. "Keputusan untuk berehat itu memang dah lama saya buat sebab saya memang tak mahu cuti lama. Mungkin kerana tajuk telemovie ini 'Tiba Masanya' ia seperti memberi petunjuk mungkin sudah tiba masa saya kembali bekerja. "Ini semua aturan dan rezeki daripada Allah SWT. Lagi pula ia akan ditayangkan untuk Aidilfitri. Saya menjadi ibu tunggal dengan 3 anak yang bekerja keras mencari nafkah untuk anak-anak sehingga mereka terabai dan melarikan diri. "Lepas melihat jalan cerita, saya merasakan satu perasaan berbeza membawakan watak ibu kerana ini kali pertama saya bawak watak ibu dan seorang ibu memang mempunyai nalurinya yang tersendiri. "Saya sangat merasakannya ketika di set dan teringatkan anak di rumah,"ceritanya mengenai projek pertama yang akan ditayangkan di TV AL-Hijrah pada hari raya Aidilfitri yang kedua setelah cuti bersalin sejak Mac. Adik kepada ratu cantik, model dan pelakon sensasi Rozita Che Wan ini memilih untuk berimej sopan dengan mengenakan hijab sejak tahun lalu dan telah melangsungkan perkahwinan dengan penyerang pasukan bola sepak Malaysia, Zaquan Adha pada 20 Januari 2011. Selain berlakon, Ayu Raudhah turut untuk mengusahakan butik fesyen yang dinamakan sebagai Padusi yang diusahakan bersama kakaknya, Che Ta.
9.7.13 Unknown

7 Julai 2013

KUALA LUMPUR 7 Julai - Penyanyi Nurul Wahab bakal menimang anak lelaki apabila bersalin kelak. Dia yang sedang hamil enam bulan setengah, membuat pengumuman tentang jantina bayi yang dikandung pada konsert akhir program Ceria PopStar di Astro, Bukit Jalil di sini hari ini. Nurul yang merupakan juri tetap program tersebut dijadual bersalin pada 15 Oktober depan. "Alhamdulillah, sewaktu saya pergi melakukan imbasan untuk mengetahui jantina bayi dua minggu lalu, doktor mengesahkan bayi yang saya kandung adalah lelaki. "Saya gembira sangat kerana bakal dapat anak lelaki, lagipun Ayu Nazirah (anak) memang nak adik lelaki. Harap saya dan bayi sihat sehingga bersalin nanti," katanya tersenyum. Bagi meraikan kegembiraan tersebut, Nurul dan suami Eric Depp akan pergi ke Perancis pada malam esok untuk bertemu dengan mertuanya. Pasangan itu akan menyambut Ramadan di sana sehingga 22 Ogos ini.
7.7.13 Unknown

4 Julai 2013

pasar-daging-babi

Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria. Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati. Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu sedang tidur. Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh siibu, dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu. Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan. Dalam sedu tangisnya dia bertanya , “Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. “Daging apa?” tanya ustaz kembali. “Saya beli daging babi ustaz!, saya berdosa Ustaz”, jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan. Lelaki 30 an meneruskan cerita. Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz. Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini. Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi. Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa , laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua. Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.
4.7.13 Unknown

27 Jun 2013

Dolce & Gabbana Dipenjarakan Kerana Penipuan Cukai?

MILAN, 26 JUN 2013: Pereka duo tersohor dunia, Domenico Dolce dan Stefano Gabbana dari label Dolce & Gabbana telah dijatuhi hukuman penjara selama setahun lapan bulan oleh mahkamah di Itali kerana telah didapati mengelak daripada membayar cukai yang berjumlah hampir 200 juta euro. Mereka juga telah diarahkan oleh mahkamah di Milan untuk membayar denda sebanyak 500,000 euro kepada agensi pencukaian negara tersebut. Peguam untuk kedua-dua pereka ini yang juga merupakan peguam yang sama digunakan oleh Beyonce dan Madonna telah tampil dengan kenyataan bahawa pereka hebat asalan Itali ini akan membuat rayuan bagi meringankan hukuman ini. Kedua mereka telah dituduh memindahkan serta menyeludup barangan mewah mereka itu ke Luxembourg secara haram untuk mengelakkan daripada membayar cukai pada tahun bermula 2004 hingga 2005. Mereka telah dikatakan membuka sebuah lagi label yang turut didakwa mengambil sempena nama dua orang teman rapat ini iaitu GADO di Luxembourg. Pertuduhan juga ada menyebut bahawa syarikat ini dibangunkan diluar Itali untuk mengelakkan cukai oleh negara itu. Terdahulu mereka berdua telah didapati bersalah pada bulan Mei lalu dan dijatuhi hukuman penjara selama 2 tahun 6 bulan. Namun pada ucapan penggulungan, pendakwaraya Laura Pedio dengan yakin berkata bahawa kedua pereka itu telah melakukan kesalahan yang berat melibatkan cukai atau "sophisticated tax fraud" dan terdapat bukti yang kukuh disebalik konspirasi ini. Dalam pada itu, pendakwaraya tersebut juga mendakwa kes ini antara yang paling berbahaya kerana fungsi GADO seperti mencuri dan mengaut keuntungan tanpa membayar cukai kepada kerajaan negara itu. Walaupun pada awalnya pasangan pereka ini dilaporkan telah lari dari membayar cukai hampir satu billion euro namun mahkamah mengeluarkan jumlah yang lebih relevan iaitu sebanyak 200,000 euro. Empat individu lain turut terlibat dalam penipuan cukai ini termasuklah abang kepada Dolce iaitu Alfonso yang dimasukkan ke dalam penjara. Kes yang mula dibicarakan sejak November lalu dan pada Mac lepas mereka telah diarahkan membayar denda sebanyak 343,000 euro dan kes ini telah dirayu oleh pereka fesyen tersohor berkenaan. Label mewah yang ditubuhkan pada 1985 ini mempunyai hampir 3000 pekerja dan 250 butik di 40 buah negara seluruh dunia.
27.6.13 Unknown

19 Jun 2013

KUALA LUMPUR, 18 JUN 2013: Sejak Yasmin Hani mengumumkan tentang kehamilannya di laman sosial Instagram, ramai peminat yang cuba mengikuti perkembangannya dari masa ke semasa. Namun, ada perkara yang dikongsi pengacara ini secara terbuka dan ada juga yang disimpan untuk buat dirinya saja. Dalam program MeleTOP yang bakal disiarkan secara langsung di Astro Ria pada jam 10 malam ini, Yasmin Hani bakal muncul sebagai salah seorang tetamu undangannya. Apakah yang bakal dikongsi Yasmin Hani nanti? Adakah dia bakal memperkatakan tentang perasaannya untuk menimang cahaya mata serta menjadi seorang ibu? Tidak berseorangan, Yasmin Hani akan turut ditemani penyanyi Atilia yang telah pun membuka pusat yoganya di ibu kota. Apakah perkembangan tentang pusat yoganya itu? Adakah dia berdepan dengan segelintir pemikiran yang skeptikal mengenai yoga?
19.6.13 Unknown

Seorang lelaki warga emas maut selepas digilis sebuah bas penumpang dalam kemalangan di Jalan Sungai Ujong berhadapan Hospital Pakar Seremban (KPJ) di Seremban hari ini.
 Jurucakap polis berkata mangsa, Khoo Eng Koi @ Chiou Yeong Chi, 79, sedang menunggang sebuah motosikal dari arah Seremban 2 menuju ke Seremban apabila kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi. Katanya siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan terjatuh di atas jalan sebelum sebuah bas yang berada di belakang mangsa tidak sempat mengelak lalu menggilis kepala lelaki itu sehingga pecah.
 "Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya. Pemandu bas yang menggilis mangsa sudah membuat laporan polis dan dia dibebaskan selepas keterangannya diambil," katanya
. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban di sini untuk bedah siasat. Katanya buat masa ini polis sedang menyiasat sama ada mangsa terbabas akibat ilanggar atau bergesel dengan kenderaan lain dan meminta saksi kejadian tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.

16 Jun 2013

Mangsa Samun di Sipitang, Sabah. Kejamnya penyamun itu. Sesungguhnya penyamun / pencuri wajar dihukum dengan hukuman yang berat. Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk Sapok, Pelakat Sipitang. 1. Kronologi kes: menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk. Masa kejadian gelap dan mangsa tidak nampak suspek. Suspek hanya syak suspek terlibat berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan. Suspek telah berjaya melarikan dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1K. Masa kejadian dipercayai pada 12/06/2013 lebih kurang jam 11 malam. 2. Lebih kurang jam 8 pagi, KADIR BIN AISHA yg lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa. Penama datang meninjau dan mendapati mangsa telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. Penama kemudian terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.

3. Suspek disyaki seorang lelaki bangsa Bugis dipercayai pekerja ladang sawit berdasarkan senjata yang digunakan. 4. Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth kota kinabalu untuk rawatan lanjut.
16.6.13 Unknown

13 Jun 2013

Colombo: Nelayan di kawasan Kayankeni di daerah Batticaloa, Sri Lanka menangkap ikan dengan badan yang berbentuk segi empat dan tanpa ekor, menurut laman web berita Tamil, Tamilwin. SIM Imthiyaz, pakar ikan laut berkata, mereka tidak pernah melihat ikan seperti itu sebelum ini. Orang ramai berpusu-pusu datang untuk menyaksikan ikan pelik seberat 65 kilogram itu ketika ia dibawa ke pasar ikan Ottamavadi. - AP
13.6.13 Unknown

La Paz: Penduduk sebuah kampung di kawasan pergunungan di selatan Bolivia mengebumikan seorang lelaki hidup-hidup di dalam kubur seorang wanita yang dirogol dan dibunuhnya. Santos Ramos, 17, dituduh membunuh mangsa, Leandra Arias Janco, 35, Ahad lalu. Lebih 200 penduduk kampung menangkap Ramos dan mengebumikannya hidup-hidup di sebelah mayat mangsa. Menurut jurucakap polis, pihaknya gagal menghalang perbuatan itu selepas penduduk turut menghalang mereka memasuki kampung berkenaan. Seorang wartawan tempatan yang enggan dikenali berkata, Ramos diikat ketika mangsanya dikebumikan. Dia kemudian dicampak ke dalam kubur sebelum penduduk memasukkan keranda berisi mayat Leandra dan menimbusnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog