MILAN, 26 JUN 2013: Pereka duo tersohor dunia, Domenico Dolce dan Stefano Gabbana dari label Dolce & Gabbana telah dijatuhi hukuman penjara selama setahun lapan bulan oleh mahkamah di Itali kerana telah didapati mengelak daripada membayar cukai yang berjumlah hampir 200 juta euro. Mereka juga telah diarahkan oleh mahkamah di Milan untuk membayar denda sebanyak 500,000 euro kepada agensi pencukaian negara tersebut. Peguam untuk kedua-dua pereka ini yang juga merupakan peguam yang sama digunakan oleh Beyonce dan Madonna telah tampil dengan kenyataan bahawa pereka hebat asalan Itali ini akan membuat rayuan bagi meringankan hukuman ini. Kedua mereka telah dituduh memindahkan serta menyeludup barangan mewah mereka itu ke Luxembourg secara haram untuk mengelakkan daripada membayar cukai pada tahun bermula 2004 hingga 2005. Mereka telah dikatakan membuka sebuah lagi label yang turut didakwa mengambil sempena nama dua orang teman rapat ini iaitu GADO di Luxembourg. Pertuduhan juga ada menyebut bahawa syarikat ini dibangunkan diluar Itali untuk mengelakkan cukai oleh negara itu. Terdahulu mereka berdua telah didapati bersalah pada bulan Mei lalu dan dijatuhi hukuman penjara selama 2 tahun 6 bulan. Namun pada ucapan penggulungan, pendakwaraya Laura Pedio dengan yakin berkata bahawa kedua pereka itu telah melakukan kesalahan yang berat melibatkan cukai atau "sophisticated tax fraud" dan terdapat bukti yang kukuh disebalik konspirasi ini. Dalam pada itu, pendakwaraya tersebut juga mendakwa kes ini antara yang paling berbahaya kerana fungsi GADO seperti mencuri dan mengaut keuntungan tanpa membayar cukai kepada kerajaan negara itu. Walaupun pada awalnya pasangan pereka ini dilaporkan telah lari dari membayar cukai hampir satu billion euro namun mahkamah mengeluarkan jumlah yang lebih relevan iaitu sebanyak 200,000 euro. Empat individu lain turut terlibat dalam penipuan cukai ini termasuklah abang kepada Dolce iaitu Alfonso yang dimasukkan ke dalam penjara. Kes yang mula dibicarakan sejak November lalu dan pada Mac lepas mereka telah diarahkan membayar denda sebanyak 343,000 euro dan kes ini telah dirayu oleh pereka fesyen tersohor berkenaan. Label mewah yang ditubuhkan pada 1985 ini mempunyai hampir 3000 pekerja dan 250 butik di 40 buah negara seluruh dunia.
Memaparkan catatan dengan label RILEKS. Papar semua catatan

27 Jun 2013

27.6.13
Unknown

23 Jun 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?12 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports12 tahun yang lalu
-
-