Memaparkan catatan dengan label SIUL. Papar semua catatan

1 Julai 2013

Lagu Bad Girl Berlambak, Gadis Korea Dituduh Jahat

Cantik, comel dan seksi. Itulah gambaran yang diterima oleh gadis dan wanita di Korea Selatan. Malah, kata-kata ini terbukti selepas ramai artis K-Pop yang sememangnya cantik dan comel.
 Pun begitu, persepsi ini hampir hilang apabila untuk tahun 2013, terdapat lebih tiga buah lagu yang menggunakan judul Bad Girl ditujukan kepada kalangan gadis dan wanita Korea Selatan. Antara penyanyi yang menggunakan tajuk ini ialah Ladies Code, Lee Hyo Ri dan Bum Key.
 Murai Batu mendapat tahu, kesemua lagu ini tersenarai dalam carta dan popular di Korea Selatan. Atas dasar itu, ia sedikit memberi kesan kepada rakyat Korea terutama sekali gadis dan wanita yang digambarkan jahat dan nakal dalam setiap bait lagu tersebut.
 Bagaimanapun, menurut sumber, kebanyakan lagu yang dicipta di Korea Selatan ini tidak ada kena mengena dengan penyanyi atau idol yang menyanyikannya. Jadi, ia terpulanglah kepada individu untuk menilai.
 Apapun, penyanyi dari Thailand yang mencipta nama di Korea iaitu Natthew juga menggunakan tajuk yang lebih kurang sama maksudnya iaitu She Bad. Yang penting, kumpulan LEDApple pula menggunakan tajuk lagu Bad Boys dan lagunya turut popular.
1.7.13 Unknown

Peminat Bingung Wajah Henry, JB & Roh Ji Hoon

Disebabkan wajah yang seiras, ramai peminat bintang K-Pop bingung dan pening kepala apabila melihat wajah terbaru artis ini.
 Malah, ada peminat salah anggap apabila menyangkakan penyanyi baru bernama Roh Ji Hoon adalah pelakon utama drama Dream High 2.
 Ini kerana, hero sebenar Dream High 2 yang juga seorang penyanyi iaitu JB memilik wajah mirip Roh Ji Hoon. Jika meletakkan gambar mereka berdua, pasti ramai menyangkakan kedua-dua ini adalah adik beradik atau pun pasangan kembar.
 Pun begitu, menurut sumber terdekat, kedua-dua mereka tidak ada pertalian darah. Selain bingung dengan wajah mereka berdua, Henry yang baru saja melancarkan lagu single terbaru berjudul Trap turut dikatakan memilik wajah yang sama.
 Hakikatnya, Murai Batu sendiri tidak dapat membezakan wajah mereka. Kalau nak bezakan pun kena lihat muzik video lagu mereka masing-masing. MURAI BATU: Nasib baik artis Malaysia tidak ada yang muka sebiji macam ginikan?

BEIJING 1 Julai - Seorang lelaki di utara China membunuh empat ahli keluarga termasuk seorang cucu lelaki berusia 7 tahun sebelum membunuh diri dalam pertelingkahan dengan bekas menantu.
 Seorang lelaki yang berusia 60 tahun dan dikenali dengan nama Zhao dikatakan pergi ke rumah bekas menantu yang bernama Zan, petang semalam.
 Menurut laporan agensi berita Xinhua, Zhoa kemudian bertindak membunuh Zan dan isterinya, menantu perempuan bersama cucunya dengan sebilah tukul dan pisau pemotongn daging.

KUCHING 30 Jun - Seorang lelaki 'berlubang' di kepala akibat dihempap dinding konkrit dapur rumahnya ketika mengambil wuduk di Jalan Datuk Ajibah Abol di sini hari ini.
 Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Jamzi Busman, 37, berada dalam bilik air sebelum bahagian belakang rumah dua tingkat itu tiba-tiba roboh lalu menimpanya.
 Akibat runtuhan itu, mangsa jatuh tertiarap di atas lantai dan dihempap oleh dinding konkrit seberat kira-kira 200 kilogram sehingga menyebabkan kepalanya luka sedalam lima sentimeter.
 Menurut mangsa yang bekerja sebagai pemandu, dia tersepit di tempat kejadian kira-kira 30 minit sebelum mendapat bantuan daripada salah seorang anak saudara berusia 21 tahun.
 "Pada masa itu, hanya Allah sahaja tahu kesakitan yang dialami apabila dihempap konkrit berat tersebut. "Saya terpaksa menahan badan daripada dihimpit terus ke lantai.
 Mujur anak saudara mendengar jeritan dan mengeluarkan saya perlahan-lahan," katanya ketika dihubungi hari ini. Mengulas lanjut, Jazmi berkata, berikutan kejadian itu, dia dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan.
 Katanya, doktor terpaksa membuat 16 jahitan di kepalanya yang berlubang dan rawatan biasa di anggota badan yang turut mengalami kecederaan. "Saya tinggal di rumah ini sejak 15 tahun lalu dan ini merupakan kali pertama kejadian seperti ini berlaku.
 "Ibu dan ayah saya membuat laporan di Balai Polis Satok dan menurut siasatan awal polis kejadian runtuhan ini berpunca daripada tanah mendap," katanya.

KUALA TERENGGANU 30 Jun - Gara-gara disyaki menjalin hubungan sulit dengan isteri orang, seorang peniaga sayur maut selepas dirempuh dengan motosikal dan dibelasah suami wanita itu di Kampung Pasir Minal, Kemaman, baru-baru ini.
 Mangsa yang berusia 61 tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini kira-kira pukul 11 malam kelmarin akibat kecederaan parah di kepala. Sebelum itu dalam kejadian Selasa lalu, mangsa yang cedera parah akibat dilanggar dan dipukul suspek berusia 43 tahun dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan.
 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, berdasarkan laporan anak saudara mangsa berusia 22 tahun, pada pukul 5 pagi hari kejadian dia terdengar jeritan mangsa meminta tolong dari luar rumah ketika tidur di rumahnya yang terletak berdekatan.
 Katanya, pengadu kemudian ternampak suspek yang juga jiran mereka sedang menunggang motosikal mengejar bapa saudaranya sebelum melanggar mangsa dan memukul kepalanya dengan topi keledar sehingga tidak sedarkan diri. "Selepas kejadian menimpa bapa saudaranya, pengadu membawa mangsa dengan kereta ke Hospital Kemaman sebelum dipindahkan ke HSNZ kerana kecederaan serius di kepala, bagaimanapun mangsa meninggal dunia kelmarin.
 "Siasatan polis turut menemukan sebuah motosikal yang bahagian depannya terdapat kesan terbakar serta topi keledar tidak jauh dari tempat kejadian," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini. Berikutan kejadian itu, katanya, suspek bertindak melarikan diri ke Kuala Lumpur dan hasil siasatan maklumat saksi, suspek bersama seorang rakannya diberkas di terminal bas Hentian Putra di ibu negara pukul 7 malam kelmarin.
 "Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam hingga 5 Julai ini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati," katanya. Manoharan berkata, hasil siasatan lanjut pihaknya mendapati motif kejadian disebabkan suspek, seorang penganggur dan berasal dari kampung yang sama mengesyaki mangsa menjalin hubungan sulit dengan isterinya.

KOTA TINGGI 30 Jun - Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala tiga lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki di Kilometer 38, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran susur masuk ke Taman Daiman Jaya di sini hari ini. Nahas berlaku pukul 1 petang ketika kumpulan konvoi melibatkan 16 buah motosikal berkuasa tinggi dan lima kereta dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Terengganu. Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Nor Rasid berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah lori tangki dari arah Mersing hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terbabas dan melintang di lebuh raya. Katanya, empat buah motosikal dari konvoi itu gagal mengelak lalu merempuh lori tangki berkenaan menyebabkan salah sebuah daripadanya terbakar dan sebuah lagi terputus dua. “Kemalangan ngeri itu berpunca daripada keadaan permukaan jalan yang licin akibat hujan, namun punca sebenar masih disiasat. “Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita semasa ditemui di pekarangan bilik mayat hospital di sini. Mohd. Nor berkata, mangsa yang terbunuh ialah Abdul Rashid Mansor, 48, beralamat di Taman Ibai Indah, Ibai Golf Resort, Kuala Ibai, Kuala Terengganu dan Mohamad Hisham Salleh, 36, dari Kampung Gemuroh, Marang. Kedua-dua mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Dua mangsa yang cedera parah ialah Saufi Said, 48, dan Anisar Muhammad, 49, dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, manakala seorang lagi mangsa, Muhd. Zulkeri Embong, 45, hanya cedera ringan. Menurut Mohd. Nor, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu lori tangki berkenaan yang tidak mengalami kecederaan ditahan untuk siasatan lanjut. Sementara itu, seorang peserta konvoi, Shahir Zulfyri Muhd. Zulkeri, 24, yang juga anak kepada Muhd. Zulkeri dan Anisar berkata, rombongan konvoi itu bertolak dari Johor

Bahru pukul 10.30 pagi. “Saya tidak menunggang motosikal sebaliknya menaiki kereta, bapa saya menunggang motosikal Harley Davidson manakala ibu pula jadi pembonceng. “Kejadian berlaku begitu pantas. Saya bersyukur ibu dan bapa saya selamat walaupun mengalami kecederaan," katanya.

30 Jun 2013

Berita tentang keislaman Raja Pop Michael Jackson masih menjadi kontroversi. Jermaine Jackson iaitu saudara Michael Jackson menegaskan bahawa Michael Jackson sudah menjadi Muslim dua tahun sebelum meninggal. "Saya yakin Michael memeluk Islam dan tidak mengumumkannya sebelum dia meninggal pada tahun 2009," tegas Jermaine kepada media British

.
                                                       Jermaine Jackson

 Lelaki yang yang masuk Islam di Saudi pada tahun 1990-an dan memakai nama hijrah Muhammad Abdul Aziz ini mendedahkan, keislaman Michael Jackson itu bermula dari buku-buku keislaman yang dihadiahkannya. "Saya ingat peristiwa dua tahun sebelum Michael Jackson meninggal, ketika saya berada di Saudi untuk menunaikan umrah. Saya membeli 6 buah buku rohani tentang Islam dari Mekah. Lalu buku-buku itu saya hadiahkan kepada Michael setelah pulang ke Amerika, "kenangnya. "Michael menyembunyikan Islam di dalam hatinya dan tidak mengumumkannya. Saya yakin anak-anak Michael juga memeluk Islam dan menyembunyikannya, " katanya lagi

                                                                     .Michael Jackson

 Jermaine yang kini tinggal di Dubai mendedahkan kenapa dirinya boleh masuk Islam. Hidayah Ilahi bermula ketika dia bertanya-tanya dan mencari jawapan tentang misteri ketuhanan Isa dan berbagai doktrin Kristian. "Saya mempunyai pertanyaan-pertanyaan yang membingungkan yang selalu saya cari jawapannya, terutama yang berkaitan dengan Kristian dan Isa 'alaihissalam dan saya telah dapat jawapan yang memuaskan setelah saya masuk Islam, "katanya.
30.6.13 Unknown

Pembuatan tato umumnya menggunakan jarum dan tinta khusus tatoo, namun bagaimana jika pembuatan tatoo di lakukan dengan mengukir tubuh dengan senjata tajam seperti mengukir kayu? Ini bukan cerita rekaan namun ini adalah nyata. Dengan bantuan ahli tatoo Seorang gadis dengan penuh keberanian mengukir belakangnya sebuah lukisan kebun buluh.Potongan daging sisa ukiran tubuh di letak di sebelahnya, sungguh sangat mengerikan

Cuba Anda bayangkan bagaimana rasanya jika memiliki istri 86 orang dan punya 170 anak? Itulah yang dialami Mohammed Belo Abubakar yang menikahi 86 perempuan dan memiliki 170 anak. Kendati demikian, Belo menyarankan agar lelaki lain tidak mengikuti jejaknya. “Hanya karena bantuan Tuhan saya bisa mengatasi persoalan keluarga,” kata Belo. Dia mengaku para perempuan itulah yang mendatangi dirinya dan minta dikawini. Menurut Belo, mereka minta dikawini lantaran kemampuan dirinya yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. “Saya hanya berpikir bahwa Allah telah menakdirkan saya menjadi begini,” ujar Belo, seperti dipetik Konseling.net. Sebagian besar istri-istri Belo adalah seperempat usianya. Dan bahkan beberapa di antaranya lebih muda dari anaknya sendiri alias gadis yang masih dara. Surat kabar Nigeria ramai membicarakan Belo. Sementara Belo sendiri dikabarkan setuju untuk memulangkan 82 istrinya kepada keluarga mereka, karena dalam agama Islam, seorang lelaki hanya boleh menikahi empat perempuan asalkan dalam kondisi mendesak dan boleh berlaku adil. Tetapi, berita tersebut justru dibantah oleh Mohammed Tahir, juru bicara Belo Abubakar. “Belo tidak akan menceraikan istri-istrinya, dan bahkan Belo akan menikah lagi,” ujar Tahir. Koran-koran Nigeria pun mewawancarai Belo Abubakar beberapa waktu lalu, saat dia menyatakan bahwa tidak ada ada ketentuan di dalam Al-Quran yang berisi larangan memiliki istri lebih dari empat orang. Dalam wawancara dengan BBC, Belo Abubakar mengemukakan bahwa Allah telah memberinya kekuasaan untuk mengontrol 86 istrinya. Meski demikian, pihak otoritas Islam Nigeria, Dewan Agung Nigeria Urusan Islam (NSCIA), mengeluarkan kecaman kepada Belo yang dianggap melakukan perbuatan sirik karena menyatakan diri dapat berbicara dengan Allah. “Sultan mendesak kaum Muslimin agar jangan menghiraukan kelakuan Bello Abubakar yang melanggar syariah Islam, yang hanya memperbolehkan seorang pria beristri empat saja,” kata salah seorang anggota NSCIA. - See more at: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/lelaki-mempunyai-86-isteri-dan-belum.html#_

Washington – Video seekor anjing polis mengejar pencuri tanpa pakaian marak di dunia maya. Kejadian ini terjadi di Whittier, California, Amerika Syarikat. Ingin tahu?
 Menurut Telegraph, lelaki ini telah mencuri limo Hummer dan sedang dikejar oleh kereta peronda polis. Saat pengejaran, si pencuri memutuskan meninggalkan kendaraan curiannya di tengah jalan.
 Ketika dia keluar dari kereta curian tersebut, lelaki ini didapati tak mengenakan pakaian sehelai pun. Anjing polis pun dengan cepat menangkapnya dalam sebuah adegan kejar-kejaran . Berikut video kejar-kejaran tersebut:

Sebuah kedai mencuci kereta yang bernama 'The Bubbles 'n' Babes' di Brisbane Australia telah mengemukakan perkhidmatan mencuci kereta tanpa pakaian sehingga menerima aduan daripada orang ramai.
 Perkhidmatan itu telah dibahagikan kepada 2 kategori : 55 dolar Australia untuk mendapatkan gadis tak berbaju untuk mencuci kereta dan 100 Australia untuk gadis berbogel sambil mencuci kereta serta dapat meyaksikan tarian seksi yang mempunyai had.
 Ketua Bandar Brisbane mengatakan tidak ada undang -undang yang mengharamkan bidang mencuci kereta membekalkan perkhidmatan sebegitu , maka tiada yang dapat bertindak menghentikan perkhidmatan ini.

Kontes Miss Gay San Juan di Peru tiba-tiba ricuh ketika dua kontestan saling berkelahi untuk memperebutkan juara. Pertarungan waria pada kontes kecantikan ini dipicu oleh adanya kesalahan penilaian dari pihak juri.

  g0i04hik copy

Waria yang berada di runner-up tak terima dengan kekalahan, ia pun menyerang juara Miss Gay 2013 setelah juri mengemumkan pemenang yang salah pada kontes yang digelar di kota Tarapoto, Peru itu
. Pihak keamanan datang untuk melerai, namun mereka perlu beberapa waktu untuk memisahkan pertarungan antara pondan tersebut.

PETALING JAYA - Pelakon sensasi, Rita Rudaini memfailkan bantahan awal di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam bagi menolak permohonan perintah kembali taat yang dikemukakan suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak. Peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakili Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohamad @ Mokhtar, 36, memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia mendapat arahan daripada anak guamnya untuk mendapatkan tarikh sebutan bagi memasukkan bantahan awal berkenaan.
 Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian menetapkan sebutan kes pada 9 Julai depan untuk memberi peluang kepada Rita Rudaini (defendan) memasukkan bantahan awalnya berhubung permohonan perintah kembali taat difailkan Mohamad Aidil Zafuan (plaintif) pada 15 Mei lalu. Terdahulu Rita Rudaini hadir ke mahkamah pada pukul 9 pagi, manakala Aidil Zafuan dan peguam syarienya, Ahmad Nazib Johari tidak hadir, namun mewakilkan seorang peguam dari Tetuan Ahmad Nazib & Associates.

29 Jun 2013

KUANTAN : Hanya kerana lewat menghantar air suam dipesan, seorang pelayan sebuah kafe di Jalan Tun Ismail 2, di sini, kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), selepas ‘digusti’ seorang pelanggan yang naik angin, tengah malam kelmarin.
 Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, warga Myanmar, Htong Haw, 29, ditumbuk bertubi-tubi dan kepalanya dihentak ke pasu pokok hiasan selepas dia menghantar air suam dipesan pelanggan terbabit.
 Malah, suspek lelaki berusia 30 tahun itu terus mengganas dengan menghenyak tubuh mangsa ke tangga, menariknya ke seberang jalan lalu bertindak seperti ahli gusti dengan mengepit kepala mangsa di celah kangkangnya sebelum menghempas mangsa ke atas jalan di tempat letak kereta.
 Selepas ‘menggusti’ mangsa sehingga lembik dan berlumuran darah, suspek melepak di premis berkenaan sebelum meninggalkan kawasan itu dua jam kemudian. Pemilik premis, Stanly Soon Suan Ning, 43, berkata, dia yang dihubungi seorang pekerjanya memaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.
29.6.13 Unknown
                       
Amy Search Dimasukkan Ke Institut Jantung Negara?

Terkejut juga Murai Batu bila ada rakan Murai Batu bertanyakan mengenai kesahihan penyanyi lagenda, Amy Search yang dikatakan telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), baru-baru ini.
 Yelah, bila Murai Batu dengar jer dia dimasukkan ke IJN tu maknanya seriuslah penyakitnya bukan? Sakit jantung ni bukan boleh dibuat main-main.
Tapi rupa-rupanya, bila Murai Batu siasat punya siasat Amy Search ke sana bukanlah sebab kerana diserang penyakit jantung. Sebaliknya, dia ke sana atas urusan untuk membuat check-up jantungnya.
 Lega sedikit bila dapat tahu begitu. Malah, Amy Search sendiri turut berkongsi gambar kertas X-Ray yang menunjukkan jantungnya sedang berada dalam keadaan baik dan sihat menerusi laman sosial media, Instagram. Selain bergambar dengan nurse yang cantik-cantik di IJN itu,
Amy turut berkongsi sekeping gambar dia bersama dengan seorang doktor yang dipercayai bertanggungjawab membuat pemeriksaan ke atas dirinya. Di dalam gambar itu, Amy memberitahu, dia kini bebas daripada penyakit jantung dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
 Berikut merupakan entri yang telah ditulis di dalam gambar Amy bersama doctor berkenaan: "This my Dr Shaiful Azmi Yahya at IJN. Dia cakap no medicine & u r free to jump around,".
 Baguslah kalau begitu, kami dari Murai memang mendoakan kesihatan yang baik buat Amy supaya dapat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini tanpa dihinggap sebarang penyakit yang kronik.

27 Jun 2013

KUALA LUMPUR, 27 JUN 2013: Seperti semua sedia maklum, kisah mengenai aktor, Shahz Jaszle ditangkap khalwat telah menjadi semakin rumit lagi sepanjang minggu lalu (17 hingga 22 Jun) apabila pasangannya yang ditangkap khalwat iaitu Farah tiba-tiba muncul serta membongkar satu persatu rahsia hubungan cinta terlarang mereka.
 Malah, kisah mengenai Shahz Jaszle pada minggu lalu mendapat perhatian ramai pelayar murai.com.my yang membaca sehingga menerima jumlah pembaca tertinggi sekaligus berada di dalam Carta KesSahNya. Namun, kisah mengenai Shahz Jaszle itu bersaing hebat dengan dua artikel lain, yang turut berada di dalam Carta KesSahNya iaitu artikel Murai Batu mengenai Fasha Sandha yang dikatakan telah dimadukan suami Selain itu, kisah mengenai pelakon kontroversi, Sharifah Sakinah turut melengkapkan top 3 Carta KesSahNya minggu ini apabila pengarah, Bade Hj Azmi akui merestui hubungan cinta anaknya. Albbab dengan adik kepada pengacara Sharifah Shahirah itu.
 Ingin tahu siapakah berjaya menjadi juara carta KesSahNya? Saksikan KesSahNya minggu ini bersama hos Ieka pada minggu ini. Sementara itu, bagi segmen Seleb Vs GengMurai pula, KesSahNya tampilkan cerita mengenai pelakon Shahz Jaszle sekali lagi apabila dia disahkan putus tunang dengan Redzwani mendapat perhatian ramai pembaca yang memberikan komen. Malah, salah satu daripada komen yang diberikan berjaya dibaca di dalam segmen Seleb Vs GengMurai. Jadi, tunggu apa lagi, saksikan espisod terkin KesSahNnya ini di bawah ini.
27.6.13 Unknown

KUALA LUMPUR, 27 JUN 2013: Pelakon, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryyl Benjamin Ibrahim yang sebelum ini pernah dicekup berkaitan kes dadah, sekali lagi ditahan polis di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa atas kesalahan yang sama, semalam.
 Benjy, 35, kali ini ditahan selepas ujian air kencing yang dilakukan ke atasnya mendapati dia positif mengambil dadah jenis methamphetamine atau syabu. Menerusi laporan Utusan Malaysia hari ini, pelakon itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi di kondominiumnya oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya yang melakukan serbuan di rumah tersebut. Ketika serbuan dilakukan, dia berada dalam rumah itu seorang diri.
Namun, pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan tidak menemui sebarang dadah. Dia kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk ujian saringan air kencing dan hasil ujian mendapati pelakon itu dapati positif mengambil dadah. Sebelum ini, anak kepada aktres Azean Irdawaty ini pernah ditahan pada Mac 2010 dan ketika itu penahannya mencetuskan kegemparan selepas polis turut menemui makmal memproses dadah di lokasi dia ditahan di pinggir ibu negara.
 Ketika dibicarakan di mahkamah, pelakon berbakat itu dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, namun didapati bersalah memiliki dadah dan dikenakan denda RM5,000. Dia dibebaskan selepas membayar denda itu.

KL, 27 JUN 2013: Sorrylah kalau Murai Batu ni kepochi ya. Tapi, Murai Batu ada membawa satu perkhabaran mengenai penyanyi Siti Nordiana atau Nana dengan Nubhan yang juga bekas peserta Akademi Fantasia Musim 6 (AF6). Khabarnya Nana dengan Nubhan telah dilihat bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu sekitar pertengahan Jun, baru-baru ini. Amboi? Ada apa dengan Nana dengan Nubhan ni, sampai cuti pun nun jauh di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Adakah mereka berdua bercinta? Aww!! Mesti korang ingat Murai Batu ni suka sangat nak spekulasikan? Tapi, kalau betul pun mereka bercinta, apa salahnya? Sebab, kalau tak silap Murai Batu, dua-dua pun sama single. Dan dua-dua pun, orang Nogori. Haa..Memang sesuailahkan... Apapun, kehadiran diaorang kat sana, bukanlah berdua semata-mata. Sebaliknya, mereka turut ditemani beberapa rakan. Tapi, sumber abang Diver Murai Batu memberitahu hanya mereka berdua saja yang nampaknya berstatus selebriti. Yang lain-lain tu ala-ala biasa jer. Tapi, tak tahulah pulakkan kalau-kalau ada yang bekerja di belakang tabir industri hiburan. Yang pasti, diaorang semua nampak happy bercuti kat Pulau Perhentian tu. Nampak gayanya. Murai Batu kena tanya sendiri dengan Nana dan Nubhan, apa betul diaorang ni tengah bercinta.

KL, 27 JUN 2013: Amboi, ramai nampaknya yang tidak puas hati dengan Murai Batu apabila Murai Batu menulis artikel pada Hanez Tiada, Awi Rafael-Shila Amzah Ada Chance Bersama. Sebab, diaorang ingat Murai Batu sengaja buat cerita untuk laga-lagakan Shila Amzah dengan Awi Rafael. Ish..ish..ish... Murai Batu pun takde masalah nak buat kerja-kerja melagakan orang macam tu ya. Tapi, kisah percintaan Shila Amzah dengan Awi Rafael ini bukanlah sesuatu yang baru di kalangan segelintir orang di dalam industri muzik. Yang tak tahu cuma orang di luar sana saja. Untuk pengetahuan semua, Shila Amzah telah menjalinkan hubungan cinta dengan Awi Rafael sebelum dia berjumpa dengan Sharnaaz Ahmad lagi. Haaa.. Tapi percintaan mereka tidak berjaya dihidu oleh sesiapa kerana ketika itu Shila Amzah pun masih low-profile. Begitu juga dengan Awi Rafael. Kalau korang semua nak tahu, Sharnaaz Ahmad sendiri pun pernah melahirkan cemburu terhadap Awi Rafael sewaktu Shila Amzah menyertai pertandingan Mania dulu. Waktu itu, Awi Rafael dengan Shila Amzah memang sudah tiada apa-apa lagi dan Shila pula sudah bercouple dengan Sharnaaz. Selama ni, Murai Batu simpankan saja rahsia ni. Tapi, sejak Shila Amzah kembali single dan begitu juga dengan Awi Rafael, barulah Murai Batu kongsikan perkara ini pada korang semua. Pandaikan Murai Batu simpan rahsia? Apapun, baik Awi Rafael dengan Shila Amzah masing-masing pun tengah sibuk membina kerjaya nyanyian masing-masing. Kita doakan yang terbaik saja untuk mereka ya!

Tahniah! Pada Usia Baru19 Tahun, Elfira Sudah Mampu Beli Rumah Hasil Titik Peluh Sendiri | Tahniah admin ucapkan kepada pelakon remaja popular yang cantik manis,si Elfira Loy yang khabarnya sudah mampu membeli rumah sendiri pada usia yang sungguh muda.

Ternyata Elfira merupakan salah seorang artis yang bijak merencana masa hadapannya dengan membeli aset di kala usianya masih muda belaka.

Usahanya itu boleh dijadikan contoh kepada golongan belia di luar sana agar sentiasa kuat berusaha untuk mencapai kejayaan seperti yang diraih oleh Elfira.

Rumah itu dibeli oleh Elfira dengan menggunakan wang hasil titik peluh berlakon serta menjadi duta produk sejak dirinya berkecimpung dalam bidang seni tempatan.

Apa-apa pun ‘thumbs up’ kepada Elfira kerana mampu membeli rumah dengan menggunakan wang hasil kudrat lakonannya tanpa dikaitkan dengan mana-mana ‘sugar daddy’ yang kerap kali dikaitkan dengan artis wanita cantik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog