Memaparkan catatan dengan label NGERI. Papar semua catatan

13 Julai 2013

Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Baginda berdua akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan peserta yang bertanding. Mengikut protokol majlis, setiap peserta perlu tunduk sebagai tanda hormat kepada Duli Tuanku. Pada Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke 54 (2013), berlaku satu kejadian yang mencuit hati dan berjaya dirakam. Ia adalah apabila salah seorang qariah dari Senegal hampir terjatuh ketika mengambil hadiah. Kejadian tersebut terjadi ketika qariah itu tunduk hormat dihadapan Permaisuri Agong sehingga sukar untuk mengawal keseimbangan badan. Secara spontan, Permaisuri Agong telah berenjak ke hadapan dan menjerit akibat kejadian itu. satu sifat yang jarang sekali kiat dapat lihat dalam Permaisuri Agong yang kerap tenang dalam apa jua keadaan. Melihat kepada kejadian itu, pastinya ramai yang tidak mampu menahan hilai tawa tatkala melihat qariah itu terundur ke belakang. Bagaimanapun, syabas kepada qariah tersebut yang telah berjaya mewakili negaranya dalam pertandingan tersebut.

13.7.13 Unknown

Seorang nelayan terkejut selepas menemukan rangka manusia yang lengkap berpakaian terapung di pesisiran pantai Pulau Kendi di Balik Pulau hari ini. Kejadian berlaku pukul 11.37 pagi ketika nelayan berusia lingkungan 40-an itu dalam perjalanan pulang selepas selesai melabuh pukat di kawasan tersebut. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, mayat itu dijumpai terapung dengan memakai baju T warna kuning dan seluar pendek. Menurutnya, identiti mangsa juga tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri pada rangka tersebut. “Kita juga tidak dapat menjangkakan tempoh kematiannya berikutan keadaan mayat yang sudah reput,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Operasi membawa rangka itu dilakukan oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sehingga ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Batu Maung. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut dan akan menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Pulau Pinang.

“Saya menderita dua bulan hingga terlantar di atas katil sampai mata bernanah dan mengeluarkan darah. Kemudian satu benjol sebesar telur ayam timbul di pipi kanan,” kata bekas peserta Mentor musim ketiga, Suriana Ab Wahab atau Keena ketika menceritakan pengalaman hitamnya dipercayai disantau tiga kali sepanjang tiga tahun bergelar artis. Penyanyi berusia 25 tahun itu menyatakan pertama kali dia terkena buatan orang dua minggu selepas program realiti TV itu berakhir menyebabkan berat badannya turun secara mendadak dan hilang selera makan. Keadaan kesihatan dirinya bertambah teruk selepas mengalami muntah-muntah, termasuk muntah jarum berkarat hingga terlantar di atas katil selama dua bulan. Enam bulan selepas itu, dia sekali lagi terkena santau yang turut mempunyai tanda perubahan diri seperti demam dan datang bulan berpanjangan. “Pernah masa itu ketika saya memandu kereta, fikiran melayang dan hampir terbabit dengan kemalangan. Selepas berubat dengan pakar perubatan Islam, saya sihat semula. “Namun, saya tidak sangka ia kembali berulang dua bulan lalu, tetapi kali ini saya tanpa sedar bercakap dalam bahasa Jawa. Ketika itu, badan saya begitu lemah dan sering keletihan.

“Tolong carikan kaki saya, encik,” raung penunggang motosikal, P Ravindran, 51, kepada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) supaya mencari kaki kanannya yang terputus akibat bertembung sebuah kereta dinaiki tiga beranak di Jalan Lesung Batu-Machap Umbo, dekat Alor Gajah, kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa menunggang motosikal Honda EX5 menghala bandar hilang kawalan lalu bertembung Proton Persona

.
Perlanggaran itu bukan saja menyebabkan mangsa yang berasal dari Karak, Pahang, putus kaki kanan, malah pahanya turut hancur selain patah kaki kiri. Dia turut tercampak kira-kira 10 meter. Anggota JPAM Alor Gajah, Mohd Jumat Rahim, 24, berkata, dia dan dua rakan setugas melalui jalan berkenaan ketika ke Hutan Perca. “Sejurus tiba di tempat kejadian, kami terkejut melihat seorang lelaki terbaring atas jalan dalam keadaan berlumuran darah sambil meraung meminta tolong.

12 Julai 2013

Kanak-kanak-cedera-ditembak-di-George-Town/
GEORGE TOWN, (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera terkena tembakan di perkarangan Pangsapuri Golf View Bukit Jambul, di sini malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, seorang lelaki melepaskan sekurang-sekurangnya 10 das tembakan dari jarak lima hingga 10 meter dan satu daripadanya menembusi bahagian atas lutut kiri kanak-kanak itu, B. Shawn Yashwin. Beliau berkata ketika kejadian bapa kanak-kanak berkenaan, E. Beritto, 33, sedang berbual dengan seorang rakan di perkarangan pangsapuri itu sebelum seorang lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC bewarna putih secara tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah mereka. "Bapa mangsa bekerja sebagai penarik kereta dan tinggal di Bayan Baru. Kami belum mengetahui tujuan dia ke situ dan mengapa dia membawa kanak-kanak itu bersama," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata siasatan polis mendapati bapa kepada kanak-kanak itu tidak memiliki rekod jenayah dan polis masih menyiasat sasaran sebenar suspek. Mazlan berkata polis menemui 10 kelongsong peluru berukuran 9mm di sekitar lokasi kejadian dan satu daripada kelongsong itu turut terpelanting dan mengenai dahi kanak-kanak itu. Beliau berkata kanak-kanak berkenaan kini dirawat di Hospital Pantai Bayan Baru, di sini dan keadaanya dilapor stabil. Polis akan meneliti kamera litar tertutup di lokasi kejadian bagi mendapat gambaran jelas kejadian, katanya. Beliau berkata maklumat awal mendapati suspek memakai topi keledar berpenutup separa, mengenakan jaket hitam dan bersarung tangan serta dipercayai menyelinap masuk dari pintu pagar belakang pangsapuri.

12.7.13 Unknown

Wow! Nabila Huda Melaram Habis Di AucklandWow! Melihat gaya dan penampilan pelakon popular Nabila Huda yang sedang menjalani penggambaran drama di Auckland, New Zealand, tidak tumpah bagaikan seorang superstar terkenal antarabangsa. Anak kepada lagenda rock terkemuka, Amy Search itu sememangnya miliki gaya tersendiri dan bijak menyuaipadan persalinannya dalam cuaca dingin negara Kiwi berkenaan. Malah menerusi foto yang dikongsikan pelakon berkenaan di laman Instagram (kupu_kupu) miliknya, Nabila turut tampil dengan warna rambut terbaru yang sekaligus menaikan seri penampilan wanita genit itu. Cuaca dingin yang menyelimuti bandaraya Auckland bukanlah alasan untuk Nabila Huda tampil dengan jaket tebal bewarna gelap atau hitam, sebagaimana pilihan yang lazim. Sebaliknya Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 itu bijak memilih kepelbagaian jenis jaket seperti jaket military, tartan (berkotak), merah jambu atau hijau padu yang diseragamkan dengan skaf pelbagai corak bagi membaluti lehernya agar tidak ditiupi angin. Lebih menarik perhatian apabila Nabila Huda telah menggayakan beberapa jenis sepatu Dr Martens dan boot hitam sampai ke lutut. Ini membuktikan dia sememangnya bijak berfesyen dan memiliki citarasa yang kuat dalam bergaya. Dalam salah satu foto juga, Nabila Huda kelihatan hanya menyarungkan overall denim biru cair yang digayakan bersama skaf merah jambu bagi membutikan personaliti dirinya yang bersahaja tetapi tetap bergaya. Memang benar, mungkin gaya rambut terbarunya telah memberi impak yang cukup menyerlah apatah lagi apabila dia tidak pernah lekang dengan cermin mata hitam pelbagai gaya kala mundar-mandi di lokasi penggambaran. Inilah citarasa gaya seorang bintang popular yang sama sekali tidak statik tetapi penuh dengan variasi sesuai dengan usia, personaliti serta susuk badan.

Merogol adalah satu jenayah yang sangat berat sebenarnya. Sedangkan kita tahu bahawa manusia itu diberi akal untuk berfikir. Di Malaysia sendiri, hukuman bagi perogol adalah penjara 20 tahun dan dikenakan sebatan. Gambar di bawah ini pula, Melayukini.net difahamkan lelaki ini dibakar hidup-hidup oleh penduduk setempat atas kesalahan merogol. Lelaki ini telah dibakar hidup-hidup ditempat awam dengan kejamnya. Video ketika lelaki ini sedang dibakar tidak disediakan kerana terlalu ngeri untuk ditonton umum. Boleh lihat gambar di bawah ini. Semoga kita mendapat pengajarannya.

bakar1

bakar2

bakar3

bakar4

bakar5

Hati mana yang tidak kasihan apabila melihat seorang wanita yang merintih kesakitan apabila dirinya tersepit di bawah lori. Lokasi kejadian bermungkinan berlaku di China. Kelihatan juga sebuah motosikal di hadapan lori berkenaan. Jadi bermungkinan wanita ini dilanggar dan akhirnya ia tersepit di celahan tayar lori besar tersebut. Pemandu berkenaan juga tidak tahu berbuat apa-apa selain menunggu ambulans sampai. Anda boleh lihat gambar di bawah ini.

lori1

lori2

lori3

lori4

lori

Sejak akhir-akhir ini banyak kes kemalangan yang berlaku membabitkan kematian. Memang tidak dinafikan, ajal manusia itu di tangan Allah. Namun kita perlu juga sentiasa berhati-hati di jalan raya bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Kemalangan yang terbaru adalah membabitkan sebuah kereta MPV yang dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah lori. Lagi menyayat hati apabila salah seorang daripada mangsa, pecah kepala akibat hentakan kuat selepas tercampak keluar. KUCHING – Empat maut, tiga daripada mereka rentung setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pengangkut sebelum terbakar di KM 56, Jalan Sri Aman-Sarikei, kira-kira 200km dari sini, hari ini. Kesemua yang maut dipercayai warga Indonesia dan pemandu MPV yang dikenal pasti sebagai Tinus Salleh, 45, telah terpelanting keluar terjatuh di permukaan jalan dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala. Jurucakap Balai Polis Sri Aman yang dihubungi dari sini berkata identiti tiga yang rentung masih belum dapat dikenal pasti. Katanya dalam kejadian kira-kira 10.25 pagi itu, MPV berkenaan terperosok ke bahagian bawah lori sebelum terbakar.

lori2
Menurutnya kemalangan ngeri di Kuching itu dipercayai berlaku selepas MPV itu hilang kawalan dan melencong ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori berkenaan. Katanya pemandu lori berumur 34 tahun dan dua penumpangnya terselamat dan mereka dibawa ke Balai Polis Sri Aman untuk disoal siasat. Mayat keempat-empat mangsa dibawa ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat.

11 Julai 2013

Bapa mertua kepada ulamak Salafi Mesir, Syeikh Abu Ishaq Huwaini (gambar) hari ini terbunuh selepas ditetak di kepala oleh sekumpulan samseng upahan (baltoji) sejurus keluar dari masjid. Mangsa yang berusia lebih 80 tahun diserang oleh kumpulan samseng "Tamarrud" selepas beliau ditengking dengan berkata "Muka kamu macam Mursi" lalu mangsa dipukul dna ditetak hingga meninggal dunia. Jenazah beliau akan disembahyangkan di dataran Raba'ah malam ini.

9 ORANG DIKEHENDAKI DITUDUH DALANG TRAGEDI BERDARAH "SOLAT SUBUH" Pejabat Peguam Negara memerintahkan tangkapan 9 orang pemimpin Ikhwan dan kumpulan Islam kerana dituduh bersubahat dan punca berlakunya tragedi berdarah "Solat Subuh" di hadapan Bangunan Pengawal Republik dua hari lalu. Sembilan orang yang dikehendaki itu, mengetuai senarai ialah Mursyidul Am Ikhwan, Dr.Mohammed Bad'ie, Dr.Mohammed El-Beltaji (AJK FJP Pusat), Dr.Sofwat Hijazi (Setiausaha Agung Majlis Revolusi), Dr. 'Esom Eryan (Naib Presiden FJP), Abdur Rahman 'Izz (bekas pemuda 6 April), Dr.Mahmoud Ezzat (Naib Mursyidul Am Ikhwan), 'Esom Sultan (Naib Presiden Parti Wasat), 'Asim Abdul Majid (Anggota Majlis Syura Jamaah Islamiyah), Sofwat Abdul Ghani (Naib Presiden Parti Bina wa Tanmiyah) dan Mahmoud Husein (anggota Maktab Irsyad Ikhwan). Yang hairannya, yang menembak mereka yang sedang menunaikan solat Subuh ialah polis dan tentera tetapi yang dituduh puncanya ialah Ikhwan dan kumpulan Islam. Akhukum Abdul Malik
11.7.13 Unknown

10 Julai 2013

Seorang warga emas maut ementara seorang lagi cedera dalam melibatkan kereta, van dan motosikal di Geliga, Chukai, lewat petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam di Kilometer 157.8 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berdekatan Taman Intan Geliga Besar, Mohd Nordin Mustaffa, 62, maut serta-merta di tempat kejadian setelah kepalanya pecah menyebabkan sedikit cebisan otak bertaburan atas jalan. Sementara seorang penunggang motosikal, Suhaimi Ibrahim, 22, mengalami kecederaan. Lebih memilukan, kemalangan itu berlaku hanya beberapa meter di hadapan rumah mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori ketika mangsa berjalan kaki mahu menyeberang jalan sebelum dirempuh sebuah Proton Wira. Mangsa tercampak ke kiri jalan dan diseret sejauh 11 meter oleh sebuah van yang tidak sempat mengelak. Suhaimi yang ditemui di tempat kejadian berkata, ketika nahas, dia yang dalam perjalanan dari arah Chukai ke Gebeng, Kuantan dan berada di belakang Proton Wira cuba mengelak selepas kereta terbabit membrek mengejut namun tetap terkena mangsa. “Apabila saya cuba elak kereta, motosikal saya pula bergesel dengan sebuah van di belakang menyebabkan saya terjatuh atas jalan dan mengalami luka di tangan dan kaki,” katanya yang menetap di Bandar Seri Bandi, Kijal dan bekerja sebagai buruh. Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kemaman untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga kira-kira jam 10 malam. “Setakat ini pemandu van tampil membuat laporan namun pemandu kereta masih lagi belum berbuat demikian. “Kita minta pemandu berkenaan membuat laporan. Saksi kejadian juga diharap dapat menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik menerusi talian 0199517344 untuk membantu siasatan kes,” katanya.
10.7.13 Unknown

10 anggota bomba cedera dalam kebakaran yang melibatkan empat tangki minyak di sebuah kilang tayar yang tidak lagi beroperasi di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Padang Tembak di Kota Bharu pagi semalam. Anggota bomba berdepan detik cemas selepas dua daripada tangki minyak terbabit yang dipercayai mengalami kebocoran meletup ketika mereka cuba mengawal api dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu. Wartawan dan Jurufoto Sinar Harian juga yang turut berada di lokasi kejadian, sempat menyelamatkan diri dari kebakaran itu yang mengambil masa hampir dua jam untuk dikawal. Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan susulan. Pengarah Bomba Negeri, Azmi Osman berkata, dalam kejadian itu lima anggota dilaporkan mengalami kecederaan parah manakala selebihnya menerima rawatan susulan di HUSM dan HRPZ II. “Buat masa ini tiga mangsa yang cedera parah iaitu Nazah Napi, Abdullah Mohamad, Abdul Razak Abdullah yang bertugas di Balai Bomba Kota Bharu ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). “Selebihnya yang mengalami kecederaan di leher, tangan dan badan menerima rawatan susulan di HUSM dan HRPZ II,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. Azmi berkata, ketika kebakaran berlaku lima jentera dengan 39 anggota iaitu dari Balai Bomba Kota Bharu, Pengkalan Chepa, dan Darul Naim dihantar ke tempat kejadian. “Ketika cuba memadam api, bomba menghadapi kesukaran disebabkan masalah bekalan air yang tidak mencukupi namun masih berusaha mengawalnya. “Buat masa ini punca kebakaran dan kerugian masih disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit,” katanya.

Pasangan kekasih yang dipercayai sering bergaduh di rumah mereka di Blok 15, Town House Polo Park Taman Iskandar di Johor Bharu, sejak beberapa tahun lalu, bertengkar buat kali terakhir pagi semalam, sebelum kedua-duanya ditemui maut dipercayai terhidu asal tebal dalam kebakaran, semalam.
 Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki warga Singapura, Ang Lye Hock, 52, dan pasangannya dari Sabah, Angielee Ambrose, 29, ditemui maut di rumah sewa mereka selepas kali terakhir dilihat bertengkar dan menjerit sesama sendiri.
 Ang ditemui maut di dalam bilik air, manakala mayat Angielee ditemui tersepit antara kabinet televisyen dan pintu utama di ruang tamu. Pertengkaran itu dipercayai berlaku akibat cadangan memasang piring televisyen satelit di rumah sewa mereka, sebelum beberapa letupan berlaku dan kebakaran bermula.
 Difahamkan, sebelum kejadian, rumah mereka dikunjungi seorang pekerja televisyen satelit hingga kurang disenangi seorang mangsa kebakaran itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog