Memaparkan catatan dengan label Biar Betul. Papar semua catatan

20 Julai 2013
20.7.13
Unknown
Pada bulan September depan, genaplah setahun pelakon Diana Amir mengikat tali pertunangan dengan pensyarah UiTM, Mohd Habib Bullah A.Rahman. Dan diikutkan pada perjanjian, pasangan ini akan bernikah setelah usia pertunangan mereka cukup setahun. Bertemu Diana di majlis berbuka puasa MIG Bersama Media di Restoran Shogun, Sunway, malam tadi, sempat juga ditanyakan kepada gadis manis ini tentang persiapan majlis pernikahannya nanti. “Kursus kahwin pun saya belum pergi. Sibuk sangat sampai saya terlupa nak pergi,” jawabnya sambil tergelak kecil. Jelasnya, memang kalau mengikut perancangan sewaktu bertunang, dia akan bernikah dalam masa terdekat ini. Tetapi buat masa ini kata Diana, tarikh sebenar hari bersejarahnya itu belum dapat diputuskan lagi. “Setakat ini kami tiada tarikh lagi. InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana. Saya pun dah sedia untuk menjadi isteri. Target memang dalam tahun ni. InsyaAllah selepas raya. Tapi soal harinya bila, saya serah pada tunang saya dan keluarganya. Saya hanya tinggal tunggu keputusan dari dia saja ni. Bagaimanapun kata Diana, dia tidak mendesak tunang dan keluarga pihak lelaki kerana memahami yang tunangnya kini sangat sibuk menguruskan banyak hal. Difahamkan Habib sedang menyambung pengajian peringkat Master di Universiti Sain Malaysia (USM). Selain itu, Habib turut memabntu menguruskan perniagaan yang dijalankan Diana. “Sebenarnya dia sekarang tengah buat master di USM. Sambil tu dia sibuk uruskan perniagaan-perniagaan saya. Kira dia dah macam PA saya dah sekarang. Jadi dia sibuk dengan semua tu dan saya pula sibuk dengan usrah dan latihan motivasi. “Saya ada jalankan perniagaan tudung iaitu koleksi Emel. Koleksi ni saya bekerjasama dengan pereka fesyen Melinda Looi. Selain tu saya ada juga jual baju kasual dan baru dua minggu lalu saya buku pertama saya, Titian Mahabbah berada di pasaran. Buku ni saya tulis bersama penulis Ibnu Rijal. “Memang keluarga saya pun dah mula bertanya-tanya pada kami. Tapi Alhamdulillah, bapa saya seorang pendidik dan tunang saya pun seorang pendidik, jadi bapa saya faham situasi tunang saya sekarang. Tunang saya ada bagitahu saya yang dia perancangan dia sendiri tentang bila pernikahan kami dan saya percaya dia tahu apa yang dia nak buat. Jadi saya hanya tunggu sajalah”, tuturnya lagi. Dalam pada itu Diana tidak menafikan dalam tempoh pertunangan seperti mana pasangan lain, mereka turut berdepan dengan dugaan. Namun setiap dugaan yang datang itu dapat ditempuhi. Paling utama mereka berdua sentiasa menjaga batasan dan masing-masing saling cuba memahami antara satu sama lain. “Dugaan paling besar adalah kami kena saling faham memahami antara satu sama lain. Keluarga dia banyak berpesan pada saya, kalau pun kami ada selisih faham, kami perlu banyak sabar. Kami kena jaga batas agama. Kami tak boleh nak rapat sangat. “Jadi kami selalu elakkan perbualan yang akan menimbulkan pergaduhan. Selalu elak keluar dating. Ala, dah nak kahwin pun… Tapi kalau jumpa pun sebab hal kerja”, katanya. Perkembangan lain, Diana berkata dia masih menantikan skrip yang sesuai untuk kembali aktif semula dengan dunia lakonan

Negara agak kecoh apabila terdapat beberapa selebriti tanah air yang beragama Islam bergambar dengan memegang anjing.
Antara artis yang pernah terlibat adalah penyanyi, Adira dan pelakon, Nanu Baharudin. , menerusi laman portal Budiey.com, giliran penyanyi rap Nadhira pula dilihat sedang memegang binatang yang diharamkan itu. Namun begitu, tidak pula penulis tahu sejauh mana keadaan anjing berkenaan
. Misalnya sama ada basah atau kering. Sementara itu, bagi seiapa yang tidak mengenali Nadhira, dia sebenarnya artis Malaysia di persada seni antarabangsa.

Mr Wichai (Tao) dari Samut Songkram yang bekerja menjual barang-barang lama telah berkahwin dengan sepasang kembar cantik, Cik Sirintara dan Cik Thipawan dalam majlis yang diadakan serentak.
Dalam majlis pertunangan sebelum perkahwinan, Encik Wichai berjaya menawarkan mas kahwin lapan baht emas dan 80.000 baht setiap seorang.
Wow! Boleh ek si kembar ni berkongsi suami yang sama? Sanggup ye diorang ni? Kalau aku lah kan, memang tak lah! Takkan la nak kongsi suami atau isteri dengan kembar sendiri.

Satu lagi post dari China. Kali ini kisah seorang remaja yang bertindak ganas memukul bapanya di depan khalayak dan ianya menjadi topik hangat di sana. Tapi peliknya, bapa remaja tersebut tidak memberi sebarang tindakbalas dengan membiarkan saja anaknya berbuat demikian. Jika ianya berlaku kepada kami, satu das lempangan hinggap ke pipi. Tapi harap-haraplah kami dapat anak yang baik budi pekertinya dan hormat orang tua.

Seperti laporan media di sana, Xiaojin, 14 tahun, sebenarnya lari meninggalkan rumah untuk bekerja di sebuah hotel dan dipercayai bergaul dengan kumpulan tidak baik. Dia telah dipaksa oleh bapanya kembali ke rumah dengan bantuan polis dan membawa krew media berita. Bapanya bimbang akan keselamatan anaknya yang bekerja dengan syarikat yang diragui selain pergaulannya dengan kumpulan budak-budak nakal. Latar kehidupan Xiaojin adalah dari keluarga bermasalah dimana kedua-dua orang tuanya telah bercerai semasa dia masih kecil dan akibatnya dia tinggal dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya. Baru-baru ini dia terpaksa berpindah ke rumah bapanya setelah bapanya memenangi hak penjagaan anak. Namun Xiaojin tidak menyukai kehidupan baru bersama bapanya dan mendakwa dia selalu di pukul dan dimarahi bapanya ketika mabuk.

19 Julai 2013
19.7.13
Unknown
KUALA LUMPUR, (Bernama) - Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen tidak membenarkan mereka diikat jamin selepas mereka berdepan tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan Ramadan serta mempamerkan gambar lucah.
Peguam yang mewakili mereka Chong Joo Tian memberitahu pemberita, beliau memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah di sini pada 3.50 petang hari ini. Semalam, Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran tidak membenarkan Alvin Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, diikat jamin sementara menunggu perbicaraan, atas sebab kepentingan awam.
Tan kini ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala Lee di Penjara Kajang. Mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook ''Alvin and Vivian - Alvivi'' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.
Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi. Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.
Semalam, Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memohon supaya kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana pertuduhan dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan dan Akta Penapisan Filem, adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin.
Chong memohon anak guamnya dibebaskan dengan ikat jamin atas alasan pertuduhan masih belum dibuktikan dan bersifat pramatang.

After more than two weeks camped outside St Mary's Hospital in London, the media waiting for Prince William's wife Catherine to give birth are having terrible thoughts -- what if they are in the wrong place? Camera crews, journalists and photographers have been staking out St Mary's since the beginning of the month after royal officials revealed Catherine would have her baby there.
But as the days tick by with not so much as a royal corgi dog making an appearance, paranoia is setting in. The Daily Telegraph newspaper on Thursday reported that the Duchess of Cambridge may instead give birth at the Royal Berkshire Hospital, near her parents' home west of London.
The 31-year-old has been dividing her time in the past four or five weeks between her London base at Kensington Palace and the Middleton's Bucklebury home, royal sources told AFP.
And the Telegraph noted that if she goes into labour while staying with her parents, the half-hour drive to the Royal Berkshire in Reading may be preferable to risking the 50-mile (80-kilometre) trip through the traffic to central London.
A spokesman for Buckingham Palace told AFP: "There are contingency plans for wherever the duchess might be in the country, and that has always been the case."
The Royal Berkshire Hospital may be closer but as a purely National Health Service facility, it does not offer the same luxuries as St Mary's. Although St Mary's is also run by the state-funded NHS, Catherine is booked into the private Lindo Wing, which offers plush suites and top quality cuisine.
No such facility exists at the Royal Berkshire, where -- if she gives birth there -- Catherine might end up staying on a post-labour ward with a number of other new mums.
The palace refused to confirm where the duchess has spent the past week since her reported due date on July 13, or to say whether William was with her. But the spokesman confirmed the prince has not been at work in northwest Wales, where he is a search and rescue helicopter pilot, since the weekend.
"He's not on shift," he said. Queen Elizabeth II on Wednesday revealed her impatience to meet her third great-grandchild, joking that she hoped it would arrive before she goes on holiday in Scotland next week.

Seorang perompak bank kulit putih dikatakan telah menipu polis AS dengan memakai topeng kesan khas seperti dalam lakonan film Hollywood dan sarung tangan, beliau menyamar sebagai seorang lalaki kulit hitam. Menurut laporan polis, Conrad Zdzierak, 30, dikatakan telah menggunakan topeng silikon yang di beli dengan harga £ 450 dalam rentetan enam rompakan berani bank di Ohio.
Lima daripada rompakan berlaku pada hari yang sama, 9 April 2010. Polis di Springdale, Ohio mengeluarkan rakaman CCTV dari bank-bank, merayu bantuan orang ramai untuk mencari apa yang mereka percaya adalah seorang lelaki Afrika-Amerika.
Tetapi selepas tertangkapnya perompak tersebut, pegawai polis mendapati Zdzierak yang tinggal di sebuah hotel berdekatan. Leftenan Michael Mathis daripada Jabatan Polis Springdale mengakui polis telah terpedaya dengan penyamarannya dan berkata beliau tidak pernah melihat kejadian seperti itu.

Setiap pemilik rumah sudah pasti mengimpikan sebuah pagar rumah yang cantik. Pagar rumah yang cantik akan menyerikan lagi kawasan rumah kita. Di Turki, terdapat seorang keluarga yang sangat kaya raya dan memiliki kediaman yang sangat besar. Apa yang uniknya rumah mereka, ia mempunyai beberapa buah akuriaum yang telah dijadikan sebagai pagar rumah. Ia kelihatan nampak cantik sekali dan mewah. Anda boleh lihat gambar di bawah ini.

CESME, TURKI – Kita di Malaysia sekurang-kurangnya meletakkan akuarium besar di dalam rumah membela Ikan Arowana, Ikan Kaloi, Ikan Flower-Horn. Di sini, seorang rakyat yang kaya membina pagar rumahnya dari akuarium sepanjang 164 kaki kira-kir 50 meter. Ia dipenuhi pelbagai jenis ikan dan juga Sotong Kurita. Orang ramai tertarik dan meluangkan masa melihat pagar unik yang memagari sekeliling rumah agam itu.

18 Julai 2013

Penyanyi Hafiz Suip kesal selepas tiga kali ditipu oleh kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan pengubahsuaian rumah ibu bapanya di Kuching, Sarawak. Hafiz, 23, berkata, disebabkan perkara itu juga, dia terpaksa menanggung kerugian yang agak besar. “Akhirnya rumah ibu bapa saya di Kuching siap diubah suai setelah tiga kali saya ditipu oleh kontraktor. “Mereka tidak menghabiskan kerja dan lari setelah menerima bayaran. Ia berlaku mungkin juga kerana tiada pengawasan daripada kami sebab semua sudah berpindah ke Semenanjung,” katanya. Tambah Hafiz, proses membesar dan pengubahsuaian rumah tersebut merupakan antara sumbangannya kepada keluarga daripada hasil nyanyian. “Rumah itu sangat bermakna kepada saya, saya dilahirkan dan dibesarkan di rumah itu dan itu niat saya ketika awal menceburi industri ini. “Sebab itu saya tetap mahu mengubahsuaikannya walaupun kami sekeluarga mempunyai sebuah lagi rumah berdekatan kawasan rumah yang diubahsuai itu,” katanya. Tambah Hafiz, dia akan menjadikan rumah tersebut sebagai tempat berkumpul dan perjumpaan keluarga serta peminat terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri “Buat masa ini, adik saya yang masih menuntut di UiTM Kota Samarahan tinggal dan menjaga rumah itu. “Tapi kalau ada kelapangan dan cuti kami sekeluarga akan balik ke sana. Saya juga lebih senang untuk membuat rumah terbuka pada setiap kali Hari Raya Aidilfitri di situ kerana ramai peminat yang sudah tahu lokasi rumah itu,” katanya.
18.7.13

Hubungan cinta di antara Qi Razali dan Nelydia Senrose kini bukan lagi menjadi rahsia di kalangan peminat mereka.
Malah Qi pun sudah membuat pengakuan bahawa Nelydia merupakan kekasihnya di sebuah portal, baru-baru ini.
Menerusi akaun Instagramnya semalam, Qi ada memuat naik sebuah video yang menunjukkannya membeli sebentuk cincin dan dikatakan itu adalah untuk orang tersayangnya.
Siapa lagi orang tersayangnya kalau bukan Nelydia kan? Mungkinkah Qi akan melamar kekasihnya itu dalam masa terdekat? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

Seorang lelaki berlagak samseng cuba melawan setelah tindakannya menepuk kepala seorang pengawal keselamatan, di Jalan Masjid dihalang Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang secara kebetulan melalui kawasan itu sempena lawatan ke bazar Ramadan, di sini, semalam. Terdahulu, pemandu Proton Waja terbabit menuju ke laluan keluar parkir sebuah premis di situ, namun di halang pengawal keselamatan berkenaan kerana bertentangan arah. Sinar Harian difahamkan, lelaki berkenaan tiba-tiba berang dan bertindak keluar kereta sebelum menepuk kepala pengawal keselamatan itu. Tengku Adnan yang melihat keadaan itu segera menghampiri dan bertindak memegang lengan lelaki terbabit bagi menghalang tindakan lebih agresif dilakukan kepada pengawal keselamatan yang agak berusia itu. Berikutan itu, lelaki terbabit cuba melawan dengan meninggikan suara, namun ditenangkan seorang wanita dalam kereta sama kemungkinan menyedari ‘lawan’ lelaki itu seorang menteri. Keadaan kembali tenang apabila lelaki itu dilihat akur dan pada masa sama, Tengku Adnan menasihatkannya supaya lebih beradab. Dalam lawatan sama, seorang peniaga wanita, menyuarakan rasa tidak puas hati apabila petak perniagaan yang diperoleh hasil undian diubah ke lokasi tersorok dan memohon perhatian Tengku Adnan memindahkannya bersama tujuh peniaga lain ke lokasi lebih strategik. – SINAR HARIAN Sementara itu, Tengku Adnan berkata, perkara berkenaan akan diberi perhatian dan akan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneliti permintaan untuk memindahkan lapan tapak berkenaan ke lokasi berhampiran Semua House. Menurutnya, rungutan mengenai tindakan peniaga premis memonopoli ruang kaki lima dan permintaan untuk mengekalkan keluasan tapak juga diberikan perhatian. “Hari ini saya turun meninjau keadaan di sini, dan beberapa bazar Ramadan lain untuk mengetahui sekiranya ada sebarang masalah dihadapi peniaga. “Saya bersama DBKL akan bincangkan dengan pihak berkenaan pada Isnin depan dalam usaha menyelesaikannya masalah yang disuarakan” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan bersama pegawainya, di sekitar Bazar Ramadan Masjid India dan Pasar Malam Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR). Dalam pada itu, Tengku Adnan turut berpuas hati melihat aktiviti perniagaan yang keseluruhannya dijalankan warga tempatan. “Saya harap keadaan ini dapat dikekalkan dan tiada peniaga yang bertindak menjual tapak atau memberikan kepada warga asing,” katanya

Selepas hampir sebulan dipukau dan dilarikan empat warga Indonesia ke Surabaya, Jawa Timur, Nur Idayu Abd. Aziz akhirnya selamat pulang ke pangkuan keluarganya. Kisah ibu kepada tiga orang anak berusia 34 tahun ini menarik perhatian pelbagai pihak apabila suaminya, Mohd. Riduan Abd. Razak mendakwa isterinya dilarikan ke Indonesia oleh pekerja kontrak yang pernah diupah membuat pengubahsuaian rumah mentuanya di Felda Bukit Sagu 2, Kuantan. Mangsa yang hilang sejak 22 Jun lalu berjaya dikesan minggu lalu hasil maklumat pelbagai pihak selepas disembunyikan di sebuah rumah di kawasan pedalaman, Rambipuji yang terletak di daerah Jember kira-kira enam jam perjalanan dari Surabaya. Kepulangan Nur Idayu di rumah bapanya di Felda Bukit Sagu 2 disambut pilu dan tangisan oleh ahli keluarga wanita tersebut terutama oleh tiga anaknya. Nur Idayu dan suaminya tiba di rumah bapanya itu kira-kira pukul 6.15 petang semalam namun dia enggan memberikan sebarang komen.

17 Julai 2013
Melihat kepada atur langkah pelakon remaja Ezlisa Loy atau nama penuhnya, Nor Ezlisa Loy Ahmad Sabri,17, dalam dunia lakonan, ianya seakan mahu menjejaki kejayaan kakaknya, Elfira Loy yang kini sudah menjadi antara pelakon dan selebriti pujaan pada masa kini.
Namun sangkaan ramai itu nyata meleset kerana anak ketiga daripada lima orang adik beradik itu mempunyai impian yang berbeza berbanding karier kakaknya itu. Malah,cita-cita Ezlisa itu tiada langsung perkaitannya dengan mana-mana cabang dunia seni mahupun hiburan.
Bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada November ini, Ezlisa turut memberitahu portal Murai bahawa penglibatannya dalam dunia lakonan adalah untuk mengisi masa lapang serta ingin merasa duit daripada hasil titik peluh sendiri.
"Sebenarnya tujuan saya menceburi bidang lakonan ini bukanlah ingin mengikut jejak langkah kakak(Elfira) menjadi pelakon sepenuh masa. Ia sekadar aktiviti yang saya lakukan untuk memenuhi masa terluang serta mencari wang saku sendiri.
"Lagipun ia tidak memerlukan tenaga yang terlalu banyak dan pulangan juga menarik. Tetapi saya bakal berhenti seketika bagi memberi ruang untuk saya mengulangkaji pelajaran kerana SPM bakal tiba November dan ujian percubaan pula pada September ini.
"Telemovie untuk hari raya ini adalah penglibatan saya yang terakhir sebelum berehat dan fokus kepada pelajaran demi SPM tidak lama lagi. Saya akan tidak lagi ponteng sekolah,"cerita Ezlisa jujur tentang dirinya yang beberapa kali terpaksa ponteng sekolah kerana pertindihan jadual lakonan dan jadual sekolahnya sebelum ini.
Mengenai cita-cita Esliza, penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussien Onn 2 itu memilih bidang perubatan atau pergigian sebagai kerjaya jika keputusan SPMnya cemerlang dan melayakkannya memohon. Dia juga berkongsi mengenai niatnya yang ingin mempelajari bidang kulinari diwaktu cuti menunggu keputusan SPM.
"Di sekolah saya memilih aliran sains tulen dan rugi jika saya tak memanfaatkan subjek Biologi yang saya pelajari. Ianya susah tetapi saya memang meminati subjek tersebut. Jika keputusan SPM cemerlang, saya memang bercita-cita untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan atau pergigian.
"Selain daripada itu saya mahu mempelajari bidang masakan yang juga antara minat saya sekarang. Saya ingin cuba belajar membuat pencuci mulut dan masakan Itali yang menjadi antara makanan kegemaran.
"Saya memang tidak boleh duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa. Sebab itu saya suka mencuba pelbagai perkara. Kiranya semua pun boleh, sapu bersih,"katanya kepada murai.com.my lagi sambil berseloroh kerana menyedari bahawa dia mempunyai banyak minat serta aktiviti yang ingin dilakukannya.
Ezlisa telah ditemui ketika penggambaran telemovie sempena Aidilfitri, Tiba Masanya yang turut dibintangi Ayu Raudhah juga Azhan Rani serta ramai lagi yang diarahkan Khairul Amri Khalid. Bakal ditayangkan di stesen televisyen Al-Hijrah pada 2 Syawal, telemovie terbitan Suhan Movies ini telah menjalani penggambaran sekitar Alam Damai, Cheras, Selangor.
17.7.13

Kak duduk dekat sikit, betul-betul sebelah depan sini. Saya tak nampak," katanya dalam bahasa kesakitan yang cuba ditahan-tahan. Dalam keadaan darah saya yang masih berderau-derau dek kerana terkejut, (sungguh, saya tidak sangka dia akan selemah itu). Kenapakah? Apakah terlalu serius sehingga dia kehilangan penglihatan juga atau bagaimana ni? Dalam keadaan terlentang kesakitan, tengkuk disokong pendakap leher, kaki tangan berbalut simen sana sini, saya boleh nampak kesan jahitan panjang yang menghuni pada beberapa anggota badannya. Di sebalik wajah menahan sakit, lelaki yang dikenali segak bergaya setiap kali berdiri di sisi 'si jantung hati Malaysia', Siti Nurhaliza ini masih sempat tersenyum mesra. Episod rasa terkejut saya itu berlaku di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur selepas dua minggu Datuk K dibawa pulang ke Kuala Lumpur menaiki pesawat peribadi ekoran kemalangan yang menimpanya di Queenstown, New Zealand pada detik yang seumur hidup tidak mungkin dilupa - 13 Disember 2012. Ketika itu Datuk K bersama seorang sahabat yang dikenali sebagai Cikgu Syamsuri dan seorang pemandu pelancong berbangsa Inggeris dalam perjalanan bermotosikal di Queenstown. Mereka menaiki motosikal berkuasa besar, melalui kawasan berbukit dan curam di kiri kanan jalan yang sempit di pendalaman daerah tersebut. Ketika melalui sebuah kawasan ladang kambing,sekitar pukul 4 petang, motosikal Datuk K tersasar lalu terlanggar pagar ladang itu. Dia terjatuh lalu tersembam di bahu jalan. Banyak yang barangkali tidak tahu, kesan daripada kecederaan itu sangat parah sebenarnya, Datuk K dalam keadaan kritikal. Dan ini pertama kali, cerita benar yang keluar daripada bibir empunya diri, selepas tujuh bulan kejadian ngeri itu berlalu. Menurut Datuk K, sejurus selepas kemalangan, beliau pengsan dan hanya kemudian tersedar kala kalimah azan di laungkan ke telinganya oleh cikgu Syamsuri. "Ketika tersedar, saya sudah berada di atas ribanya. Saya dengar suara dia, 'Datuk kemalangan, mengucap Datuk, mengucap', Itu sahaja dan saya tiba-tiba menjadi sangat takut. "Dalam keadaan cemas, tiada kenderaan lalu-lalang langsung, saya fikir barangkali saat untuk saya menemui Allah sudah pun hampir. Beberapa anggota badan terkulai, mulut berdarah, saya fikir saya akan mati di negara orang. "Saya menangis, saya berasa diri sangat kerdil dan semua yang saya punya akan hilang sekelip mata," cerita Datuk K dalam nada sangat perlahan, tertahan-tahan. Lelaki dengan empat zuriat ini kemudian menyambung bicaranya.
"Kuasa Allah, kesedihan saya hanya seketika. Dalam kesakitan yang teramat itu, saya tiba-tiba mendapat semangat luar biasa. Saya kata kepada diri, aku perlu hidup untuk orang yang saya sayang. "Anak-anak masih lemah, masih memerlukan saya sebagai ketua keluarga. Dan perkahwinan dengan isteri yang baru berusia enam tahun, banyak yang perlu saya selesaikan demi masa depannya. Begitu juga dengan ibu saya yang semakin tua, saya tidak boleh tinggalkan mereka ketika ini. "Itu yang bermain-main di fikiran dan saya tiba-tiba membisikkan kepada diri sendiri - Jangan mengalah Khalid, jangan mengalah. Engkau perlu terus hidup," katanya. Dalam kesakitan, darah merah membasah seluruh muka dan memercik di sana-sini ke anggota badan, terfikir juga di benak, apakah dia akan terus lumpuh atau mengalami kecacatan di beberapa bahagian utama badan? Bahu kiri cedera parah, leher retak di bahagian C2, C5 dan C6, lengan kanan dan bahu kiri patah, tangan kanan juga retak dan perlu segera dibedah. Ya Allah, aku reda dengan 'malapetaka' yang engkau hadirkan ini. Biarlah segala kesakitan ini menggugurkan segala dosa-dosaku selama ini. Dia hanya mampu berserah, memanjatkan doa kepada Illahi- bantulah aku, aku mahu terus hidup. Cinta menghidupkan Kuasa Allah, setiap insan diberi peluang yang baru dalam kehidupan. Hampir setengah jam tersadai pada laluan yang sunyi dan sepi itu, hanya doa yang mampu dipanjat. Tuhan Yang Esa, aku mahu terus hidup. Tidak lama kemudian, Dia hadirkan bantuan. Secara kebetulan, kereta yang melintas kawasan kemalangan itu dinaiki oleh tiga doktor tetapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana keadaan Datuk K yang sangat teruk. "Tersalah angkat, semua organ dalaman boleh jadi rosak atau saya barangkali boleh lumpuh. "Kemudian datang lagi sebuah kereta yang kebetulan juga di dalamnya dinaiki oleh dua doktor. Sememangnya Allah sangat kasih dan sayang kepada saya, lalu Allah utuskan mereka untuk memberi bantuan. Bayangkan, secara kebetulan dua kereta yang lalu, ada doktor di dalamnya. Sesuatu yang pelik sebenarnya, tetapi itulah kuasa Allah. "Seorang daripada doktor tersebut telah menelefon bahagian kecemasan dan mendapatkan bantuan helikopter ambulan untuk membawa saya ke hospital," ujarnya Sesampai saja di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand, satu lagi dugaan besar menanti. Dia menerima berita, pembedahan segera tidak boleh dibuat kerana semua doktor pakar tiada dek cuti umum. Terpaksa menunggu dalam kesakitan maha hebat, empat hari kemudian barulah pembedahan dijalankan. "Empat hari itu adalah saat-saat paling menyeksakan. Dua hari awal, saya sendirian, isteri dan anak-anak pun belum sampai kerana tiada penerbangan terus Malaysia ke New Zealand waktu itu, saya sendiri," cerita Datuk K.
Ketika itu, kata Datuk K, dia memang berserah sepenuhnya kepada Allah. Tidak ada lain yang dilakukan melainkan berdoa dan terus berdoa. Isteri tersayang diperlukan untuk mencari kekuatan. Dari katil hospital dia hanya mahu mendengar suara Siti lalu kata-kata semangat insan terdekat melalui corong telefon menghidupkan semula perasaan yang semakin lemah. Dia melalui sesi pembedahan kemudiannya, setelah beberapa ahli keluarga termasuk isteri ada di sisi. Selepas pembedahan, proses penyembuhan mengambil masa yang lama. Oleh kerana banyak anggota badan yang tercedera, dia hanya dibenarkan kembali ke Kuala Lumpur selepas lebih dua minggu menjalani pembedahan. Kerana kondisi yang sangat lemah, Datuk K diterbangkan dengan pesawat peribadi, hasil bantuan seorang rakan, pada 29 Disember 2013.
Ratusan ribu terpaksa dihabiskan, demi memastikan kesihatannya tidak terjejas lebih teruk. Sampai di Kuala Lumpur, dia terus dimasukkan ke Hospital Gleaneagles, Jalan Ampang dan melalui sesi pembedahan keduanya di situ. Datuk K dan Siti menginap di hospital tersebut hampir sebulan selepas pembedahan kedua dilakukan. Siti jadi jururawat Adib (depan) dan asyraff kagum dengan cinta dan kasih sayang yang ditunjukkan mak iti terhadap ayahnya sepanjang datuk k sakit. SELURUH teman dan keluarga terdekat yang menyaksikan pengabdian Siti Nurhaliza terhadap suaminya ketika ia sakit, pasti rasa terharu. Dan momen di mana Datuk K mengucapkan 'syurgalah tempat Siti Nurhaliza,' kepada sebahagian besar teman yang datang melawatnya di hospital sebelum ini, seperti dekat kebenarannya. Derita suami, turut dirasai pelantun Lebih Indah yang mengambil cuti panjang daripada aktiviti seninya. Bergegas terbang ke New Zealand, meninggalkan konsert di Banjarmasin, Jakarta, itu bukan satu-satunya pengorbanan Siti. Selama suami di katil hospital, di situ jugalah dia tidur, makan minum dan mandi manda. Dia pernah hanya tidur beberapa minit dalam jangkamasa 24 jam, demi memastikan tidak terlepas pandang si suami, takut-takut ada kehendak yang tidak dapat disediakan. Memandikan, menyuap makan-minum malah membasuh hajat kecil dan besar Datuk K juga, Sitilah yang melakukannya dengan penuh ikhlas. Status divanya terbuang sama sekali ke tepi, saat itu. Tiada khidmat jururawat peribadi digunakan sepanjang proses penyembuhan Datuk K, keputusan itu dibuat oleh Siti sendiri. Malah kata anak kedua Datuk K, Adib Khalid, 23, memberitahu, dia dan adik-adiknya menjadi bertambah sayang melihat pengorbanan 'Mak Iti', kala Datuk K sakit. "Satu minit sekalipun dia tidak meninggalkan ayah. Sewaktu di New Zealand, saya dan keluarga lain ada juga pulang ke hotel penginapan, bertukar baju dan berehat. Tetapi Mak Iti tetap di samping ayah. Memang terharu sebab kami tahu, dia sangat menyayangi ayah dalam apa juga keadaan ayah," kata Adib yang juga produser album muda. Sementara Mohammad Asyraf, 22, si anak ketiga juga mengangguk dan menambah: "Kami sangat tersentuh. Orang sakit macam ayah akan banyak 'kerenahnya'. Hairan juga bila Mak Iti melayan dengan penuh sabar. Bukan semua isteri boleh buat seperti apa yang Mak Iti lakukan kepada ayah," katanya bersungguh-sungguh. Sementara Siti pula, menganggap ia adalah pengorbanan yang biasa bagi mana-mana isteri sekalipun kala 'belahan jiwa' mereka terlibat dengan tragedi ngeri sebegini. Apa yang paling penting, kata penyanyi nombor satu negara ini, inilah makna 'kasih sayang' dan cinta dalam erti kata yang sebenar-benarnya. "Kita selalu bercakap tentang cinta dan sayang. Bagaimanakah bendanya? Inilah dia makna cinta dan kasih sayang yang sebenar. Apabila insan yang kita sayang jatuh sakit atau ditimpa bencana, di situlah ujian kasih sayang kita yang sebenarnya. "Jika sihat dia boleh menjaga kita dengan baik, pada ketika dia sakit inilah, pengorbanan kita diperlukan. Saya tidak anggap kejadian kemalangan suami sebagai dugaan, tetapi ujian kesetiaan yang mengeratkan lagi kasih sayang kami suami isteri. Selepas insiden itu, kasih sayang kami sebagai suami isteri juga bertambah," kata Siti. Pada ketika saat pertama mengetahui suami diduga sebegitu, apa yang Siti lakukan? Menangiskah dia, meraungkah dia atau hanya memendam di dalam hati? "Perkara utama yang Siti buat ialah kuatkan hati, tabahkan diri terlebih dahulu. Siti set dalam minda, perlu tunjuk kuat dengan suami supaya dia tidak terus lemah. Saya ibarat menjaga 'baby besar'. "Tidak sangka, selepas enam bulan, dia sudah boleh berjalan-jalan dan kembali normal macam biasa. Dia memang kuat," kata Siti lagi. Tidak dinafikan, ketika suaminya jatuh sakit, kata Siti dia sangat takut untuk menghadapi kehilangan. Tetapi perasaan itu dibuang jauh-jauh kala di depan Datuk K. "Suami yang Siti kenali seorang yang sangat kuat semangat. Apa yang dia hendak, dia akan usahakan dan mesti dapat. Tetapi bila melihat dia lemah, terlantar tidak berdaya, hati isteri mana yang tidak sedihkan? Tetapi akhirnya, dia membuktikan kekuatan semangatnya itu dengan sembuh lebih cepat. Siti sangat bersyukur dan berasa ini semua adalah keajaiban yang Tuhan berikan kepada kami sekeluarga," katanya. Sebelum saya dan team jurugambar pulang, pada ketika malam menyambut Ramadan yang pertama itu, Siti sempat membisikan ke telinga: "Siti tidak pernah kesal mengahwininya. Sungguh!" Lalu kami simpulkan, inilah sebuah kisah 'cinta abadi' yang masih hidup di depan mata.

Pelakon Heroin Harry Potter Emma Watson Meninggal Dunia | Angin tiada, hujan tiada secara tiba tiba kecoh apabila heroin bagi filem Harry Potter, Emma Watson telah dilaporkan meninggal dunia beberapa hari yang lepas. Menurut laporan portal Dailymail, khabar angin itu mula tersebar di Internet kononnya wanita berusia 23 tahun itu meninggal dunia di Zermat Ski Resort di Switzerland. Emma kononnya dilihat seorang saksi telah hilang pertimbangan ketika bermain papan luncur sehingga membuatkan dia jatuh dan meninggal dunia dalam kejadian itu. Bagaimanapun, jurucakap Emma terus membuat kenyataan bahawa berita tersebut adalah palsu. Pada Sabtu lalu, khabar angin itu mula menjadi bualan apabila Facebook kelab peminatnya iaitu ‘R.I.P Emma Watson’ mendapat tanda ‘like’ hampir 1 juta orang. Berita palsu berkaitan kematian bukan sesuatu yang baru di kalangan selebriti Hollywood. Artis-artis seperti Jon Bon Jovi dan Usher juga pernah dikatakan meninggal dunia sebelum ini.

13 Julai 2013

Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Baginda berdua akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan peserta yang bertanding. Mengikut protokol majlis, setiap peserta perlu tunduk sebagai tanda hormat kepada Duli Tuanku. Pada Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke 54 (2013), berlaku satu kejadian yang mencuit hati dan berjaya dirakam. Ia adalah apabila salah seorang qariah dari Senegal hampir terjatuh ketika mengambil hadiah. Kejadian tersebut terjadi ketika qariah itu tunduk hormat dihadapan Permaisuri Agong sehingga sukar untuk mengawal keseimbangan badan. Secara spontan, Permaisuri Agong telah berenjak ke hadapan dan menjerit akibat kejadian itu. satu sifat yang jarang sekali kiat dapat lihat dalam Permaisuri Agong yang kerap tenang dalam apa jua keadaan. Melihat kepada kejadian itu, pastinya ramai yang tidak mampu menahan hilai tawa tatkala melihat qariah itu terundur ke belakang. Bagaimanapun, syabas kepada qariah tersebut yang telah berjaya mewakili negaranya dalam pertandingan tersebut.
13.7.13

Seorang nelayan terkejut selepas menemukan rangka manusia yang lengkap berpakaian terapung di pesisiran pantai Pulau Kendi di Balik Pulau hari ini. Kejadian berlaku pukul 11.37 pagi ketika nelayan berusia lingkungan 40-an itu dalam perjalanan pulang selepas selesai melabuh pukat di kawasan tersebut. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, mayat itu dijumpai terapung dengan memakai baju T warna kuning dan seluar pendek. Menurutnya, identiti mangsa juga tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri pada rangka tersebut. “Kita juga tidak dapat menjangkakan tempoh kematiannya berikutan keadaan mayat yang sudah reput,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Operasi membawa rangka itu dilakukan oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sehingga ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Batu Maung. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut dan akan menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Pulau Pinang.

“Saya menderita dua bulan hingga terlantar di atas katil sampai mata bernanah dan mengeluarkan darah. Kemudian satu benjol sebesar telur ayam timbul di pipi kanan,” kata bekas peserta Mentor musim ketiga, Suriana Ab Wahab atau Keena ketika menceritakan pengalaman hitamnya dipercayai disantau tiga kali sepanjang tiga tahun bergelar artis. Penyanyi berusia 25 tahun itu menyatakan pertama kali dia terkena buatan orang dua minggu selepas program realiti TV itu berakhir menyebabkan berat badannya turun secara mendadak dan hilang selera makan. Keadaan kesihatan dirinya bertambah teruk selepas mengalami muntah-muntah, termasuk muntah jarum berkarat hingga terlantar di atas katil selama dua bulan. Enam bulan selepas itu, dia sekali lagi terkena santau yang turut mempunyai tanda perubahan diri seperti demam dan datang bulan berpanjangan. “Pernah masa itu ketika saya memandu kereta, fikiran melayang dan hampir terbabit dengan kemalangan. Selepas berubat dengan pakar perubatan Islam, saya sihat semula. “Namun, saya tidak sangka ia kembali berulang dua bulan lalu, tetapi kali ini saya tanpa sedar bercakap dalam bahasa Jawa. Ketika itu, badan saya begitu lemah dan sering keletihan.

Langgan:
Catatan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?12 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports12 tahun yang lalu
-
-