Lagi berita mengenai beliau. Err.. maksud kami, YB Khairy Jamaluddin (KJ). Jadi rasanya boleh lah kami isytiharkan yang minggu ini adalah minggu KJ. Kerana sekali lagi untuk minggu ini, suka kami kongsikan tentang Ketua Pemuda UMNO yang segak bergaya yang semakin mencuri tumpuan dalam dunia hiburan tanah air sejak dua tiga hari ini.
Tapi kali ini lebih menarik kerana siapa sangka, KJ sebenarnya punya bakat berlakon.
Bakat tersebut dibuktikan menerusi lakonannya dalam filem pendek arahan bekas ratu cantik Malaysia dan pelakon, Elaine Daily berjudul 'Inspektor Mastura'. Dalam filem pendek ini yang diterajui oleh Sharifah Aleya, Beto Khusairy dan Adibah Noor ini menampilkan KJ yang memengang watak sebagai penjual ayam percik di sebuah pasar malam.
"Sebenarnya ia secara kebetulan. Sewaktu saya menulis skrip saya terfikir yang watak ini sesuai kalau dipegang oleh KJ. Walaupun penjual ayam percik, tapi dia perlu nampak tampan. Macam mana saya terfikir untuk menawarkan watak itu pada KJ? Segalanya bermula sewaktu saya menjadi juri untuk Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri. Masa tu KJ juga adalah salah seorang jurinya.
Masa tu dia belum jadi YB lagi.
"Jadi saya tawarkan watak itu padanya. Mulanya dia bertanya adakah kemunculannya itu untuk sesuatu yang baik, dan saya katakan sudah semestinya kerana filem saya ini untuk memberi inspirasi kepada kaum wanita. Dan beliau terus bersetuju.
"Dia set beliau seorang yang profesional. Beliau hafal semua dialog beliau dan melakonkan babaknya dengan hanya dua kali take saja", katanya Elaine Daly sewaktu ditemui pada sidang media Ikal Mayang bertempat di GSC The Gardens, semalam.
Ikal Mayang merupakan sebuah filem antalogi yang mewakili suara hati wanita Malaysia. Selain karya Elaine, lima filem pendek akan yang terpilih ialah 1-800 Baby (arahan Datin Sofia Jane), Pantang (arahan Vanida Imran), Jerat Suami (arahan Dira Abu Zahar) dan Odah (arahan Junaidah M. Nor). Keenam-enam filem pendek ini akan ditayangkan di Astro First Saluran 480 mulai 7 November ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan