23 September 2013

Posted by jinson on 23.9.13 No comments
Tuah Watak Flamboyant Buat Aktor Michael Douglas


 Watak flamboyan pemain piano tersohor, Liberace yang dipegang oleh Michael Douglas menerusi filem Behind the Candelabra's telah membawa tuah kepada aktor berkenaan apabila dinobatkan sebagai Aktor Terbaik Minisiri atau Drama di Anugerah Emmy ke 65.
Dalam ucapan sempena kejayaannya itu, Michael Douglas turut menujukan kejayaannya itu kepada seorang lagi pelakon drama berkenaan iaitu Mat Damon yang turut tercalon dalam kategori serupa.
Lebih menggembirakan lagi apabila drama terbitan produksi HBO itu turut membawa pulang anugerah Minisiri atau Drama Terbaik. Bagi menyempurnakan penyerahan anugerah kategori berkenaan, penyanyi lagenda Elton John telah menyanyikan lagu istimewa yang ditujukan khas untuk Liberace.
Sementara itu, suasana Nokia Theatre menjadi riuh rendah apabila drama Breaking Bad telah dinobatkan sebagai Drama Terbaik Anugerah Emmy iaitu anugerah tertinggi dalam penganjuran majlis berkenaan.
Kejayaan itu sama sekali tidak diduga oleh pencipta drama berkenaan, Vince Gilligan selepas beberapa kali kecundang dalam penganjuran berprestij berkenaan sebelum ini.
Namun begitu, seperti yang dijangka drama komedi bersiri Modern Family sekali lagi telah diiktiraf sebagai Drama Komedi Terbaik untuk empat kali berturut-turut.
Pelakon berkaliber, Jeff Danies turut membawa pulang kejayaan besar apabila lakonannya yang berkesan di dalam drama siri, The Newsroom telah memberi pengiktirafan buatnya untuk kategori Aktor Terbaik Drama Siri.
Kekecewaan nampaknya terpancar di wajah Kerry Washington apabila lakonan penuh karektor di dalam drama bersiri Scandal tidak memberi kelebihan untuknya membawa pulang anugerah Aktres Terbaik bagi kategori drama.
Sebaliknya kejayaan sekali lagi berpihak kepada Claire Danes apabila lakonannya di dalam Homeland memberi kesan di hati pihak juri. Program pencarian bakat The Voice telah mengatasi The Amazing Race apabila menggondol Program Realiti Terbaik.
Manakala pengacara dan juga model terkemuka, Heidi Klum membawa trofi Pengacara Terbaik Untuk Program Realiti Anugerah Emmy ke 65.

Senarai Pemenang Anugerah Emmy ke-65

Drama Terbaik: Breaking Bad
Drama Komedi Terbaik: Modern Family
Drama atau Minisiri Terbaik: Behind the Candelabra
Program Pertandingan Realiti Terbaik: The Voice
Siri Pelbagai Terbaik: The Colbert Report
Program Realiti Terbaik: Undercover Boss
Program Animasi Terbaik: South Park
Aktres Drama Terbaik: Claire Danes, Homeland
Aktor Drama Terbaik: Jeff Daniels, The Newsroom
Pelakon Pembantu Lelaki Drama Terbaik : Bobby Cannavale, Boardwalk Empire
Pelakon Pembantu Wanita Drama Terbaik: Anna Gunn, Breaking Bad
Aktor Komedi Terbaik : Jim Parsons, The Big Bang Theory
Aktres Komedi Terbaik: Julia Louis-Dreyfus, Veep
Pelakon Pembantu Lelaki Komedi Terbaik : Tony Hale, Veep
Pelakon Pembantu Wanita Komedi Terbaik: Merritt Wever, Nurse Jackie
Aktres Jemputan Komedi Terbaik : Melissa Leo, Louie
Aktor Jemputan Komedi Terbaik: Bob Newhart, The Big Bang Theory
Aktres Jemputan Drama Terbaik: Carrie Preston, The Good Wife
Aktor Jemputan Drama Terbaik: Dan Bucatinsky, Scandal
Pengarah Komedi Terbaik : Gail Mancuso, Modern Family
Pengarah Drama Terbaik: David Fincher, House of Cards
Pengarah Siri Terbaik : Don Roy King, Saturday Night Live
Pengarah Minisiri atau Drama Terbaik: Steven Soderbergh, Behind the Candelabra
Koreografi Terbaik : Derek Hough, Dancing With the Stars
Aktres Minisiri atau Drama Terbaik : Laura Linney, The Big C: Hereafter
Aktor Minisiri atau Drama Terbaik: Michael Douglas, Behind the Candelabra
Pelakon Pembantu Wanita Minisiri atau Drama Terbaik: Ellen Burstyn, Political Animals
Pelakon Pembantu Lelaki Minisiri atau Drama Terbaik: James Cromwell, American Horror Story: Asylum
Pelakon Suara Latar Terbaik : Lily Tomlin, An Apology to Elephants
Hos Program Realiti atau Pertandingan Terbaik: Heidi Klum and Tim Gunn, Project Runway
Penulis Komedi Terbaik: Tina Fey and Tracey Wigfield, 30 Rock
Penulis Drama Terbaik : Henry Bromell, Homeland
Penulis Siri Terbaik: The Colbert Report
Penulis Minisiri atau Drama Terbaik: Abi Morgan, The Hour

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog