Kredibilitinya dalam dunia lakonan memang tidak boleh disangkal. Meskipun masih boleh dikatakan baru dalam dunia lakonan komersial namun nama Nad Zainal kini antara yang menjadi perhatian banyak produser dan pengarah tempatan.
Selain drama TV, pelakon drama bersiri Bukan Bidadari dan juga Kampung Girl ini dikenali sebenarnya tidak asing dengan dunia teater. Setelah setahun tidak terlibat dengan pementasan teater, terbaru Nad muncul menerusi Teater Maduku Kalut yang dipentaskan di Lambang Sari mulai 27 September hingga 30 September ini.
Nad memengang watak sebagai Mimi iaitu isteri kedua kepada Selamat (lakonan Izzue Islam).
Lakonan Nad Zainal dan Izzue Islam menerusi teater 'Maduku Kalut' yang dipentaskan di Istana Budaya.
Berkongsi serba sedikit pengalamanya menerajui teater arahan Muhammad Azhar Zainal itu, Nad akui berasa gementar dan agak kekok memandangkan dia sudah lama meninggalkan pentas teater. "Setahun lebih saya tak berlakon teater, sekarang ni saya rasa kekok
. Rasa macam saya alami kejutan budaya. Tapi mujurlah kali ni saya berkerjasama dengan orang-orang yang merupakan kawan-kawan saya sendiri. Jadi tak lah susah sangat", katanya yang ditemui sejurus usai sesi previu tersebut di Istana Budaya, malam tadi.
Teater tebitan Mask Team itu turut dijayakan oleh Izzue Islam, Jihan Musa, Karl Shafek, Sofian Bujang, Fazleena Hishamuddin dan Nasz Sally.
0 ulasan:
Catat Ulasan