Mahu terkejut beruk dibuatnya apabila penduduk setempat ada yang berlari sambil menyaksikan sebuah gerai yang dipercayai menjual mercun tiba-tiba meletup dan terbakar. Ekoran daripada kejadian tersebut, letupan yang berlaku itu telah menghasilkan seperti satu perunjukkan bunga api di tengah-tengah ibu kota. Namun begitu, bagaimana ia boleh meletup masih lagi dalam siasatan. Namun ada yang mendakwa ia perbuatan khianat daripada orang-orang tertentu. Anda boleh tonton video di atas ini.

Asalkan hari perayaan pasti ada pihak yang tidak bertanggungjawap menjual mercun secara haram. Mereka yang memiliki lesen juga turut menjual bahan letupan yang merbahaya ini secara sembunyi.
Walaupun mercun telah lama diharamkan, ada sahaja yang menjual benda tersebut untuk mencari rezeki buat beraya. Peliknya, benda haram itu dijual secara terbuka, termasuklah di celah-celah gerai baazar Ramadan, sama seperti menjual ayam percik atau air cincau
.

Baru-baru ini, di Sri Rampai sebuah gerai menjual mercun terbakar dan telah menyebabkan hampir kesemua mercun yang dijual terbakar dan meletop. Punca kejadian masih disiasat, tetapi ada yang mengatakan bahawa ianya adalah kerja sekumpulan gangster yang menaiki motorsikal membaling api di kedai mercun tersebut dan menyebabkan pertunjukan bunga api percuma selama setengah jam!
0 ulasan:
Catat Ulasan