Menerusi kolum ini, Ajieb bakal muncul bersama ahli kumpulan Fix iaitu Nuri yang mana mereka berdua akan menjawab segala persoalan yang berkaitan dengan penglibatan mereka dalam industri K-Pop. Ternyata, Ajieb lebih banyak menerima soalan memandangkan Ajieb masih lagi baru dalam industri K-Pop. Tidak bagi Nuri yang sudah lama mencipta nama dalam arena K-Pop dan kini baru saja melancarkan single keduanya.
Apa yang pasti, sesi soal jawab ini sudah pun diadakan ketika Ajieb menjalani proses transformasi imej kepada bintang K-Pop. Menariknya dalam sesi tersebut, Ajieb turut mengajar Nuri untuk menyanyikan sebuah lagu Melayu walaupun Nuri hanyalah rappers dalam kumpulan Fix.
Sesi temubual ini bakal dipamerkan dalam edisi terbaru majalah The K-Pop Magazine. Lebih istimewa, program istimewa kehidupan Ajieb di Korea turut berjaya merakamkan saat manis ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan