SIBU 20 Jun - Operasi mencari mangsa tragedi bot ekspres, Kawan Mas yang karam di Sungai Rajang dekat Belaga dan masuk hari ke-24 ditamatkan manakala usaha menaikkan bangkai bot berkenaan dihentikan sepenuhnya berkuat kuasa hari ini. Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, perkara tersebut diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri (JPBBN) Sarawak yang mengadakan mesyuarat khas di Bilik Gerakan Negeri di Kuching, semalam. Katanya, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengambil kira pandangan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beroperasi sejak hari pertama kejadian iaitu pada 28 Mei lalu. Menurut pasukan SAR, keadaan arus deras sungai amat berbahaya dan berisiko tinggi kepada sesiapa sahaja yang cuba menyelam dan mencari bot tersebut. Malah pasukan SAR yang dibawa khas dari Kuala Lumpur juga mengesahkan perkara itu. Sementara itu dari sudut perubatan pula, selepas 24 hari, sekiranya mayat mangsa ditemukan, keadaannya dijangka sudah reput serta sudah tidak boleh dikenal pasti," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kebakaran di Kampung Datu Lama hari ini. Dalam tragedi menjelang Gawai 28 Mei lalu, Kawan Mas yang membawa 222 penumpang karam di kawasan Jeram Bungan, antara jeram paling berbahaya di hulu Sungai Rajang selepas melanggar sebatang balak dan mengalami masalah enjin. Sebanyak 219 penumpang terselamat, seorang disahkan maut manakala dua lagi Roslin Jati, 34, dan Maurice Ajan, 22, masih hilang. Namun pada 16 Jun lalu, satu mayat reput ditemukan dan masih menunggu ujian DNA untuk pengesahan identiti.
20 Jun 2013
Posted by jinson on 20.6.13
No comments

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?12 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports12 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
Jun
(242)
-
▼
Jun 20
(16)
- Sharnaaz Terharu Dilayan Seperti Superstar Di Sing...
- Bade Restu Sharifah Sakinah Bercinta Dengan Anaknya
- Eddie Akui Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Raja...
- Akhirnya Shahrizal Jaszle putus tunang
- Operasi mencari mangsa tragedi 'Kawan Mas' ditamatkan
- Maut kereta dirempuh kereta api
- SKUAD 'Amah waras ketika dera bayi.
- Mati tersembam dalam baldi
- 6 Suku Kaum Yang Mempunyai Sihir Paling Kuat Di Dunia
- KEJAM! AKSI SEORANG LELAKI MENGHERET ANJING DENGAN...
- SHAH JASZLE-REDWANI PUTRI ISMAIL PUTUS TUNANG.
- Budak koma diserang anjing Rottweiler di terbangka...
- Hujan monsun ragut 120 nyawa di India
- Kerana Dr Aaron, Arje Lee Jadi Rebutan Fans di Twi...
- Panazz...Fasha Sandha Terkejut Bila Dimadukan Suami!
- 22 maut akibat tanah runtuh, banjir di Nepal
-
▼
Jun 20
(16)
-
▼
Jun
(242)

0 ulasan:
Catat Ulasan