Pages

23 September 2013

3 cara tahu awek anda gila

3-cara-tahu-awek-anda-gila/
Bimbang dengan kesihatan mental teman wanita kesayangan anda? Jangan begitu, di sini kami senaraikan beberapa langkah untuk kenal pasti samada teman wanita anda alami masalah mental.

 (Klausa pengecualian: Ini sekadar gurauan. Untuk maklumat lanjut tentang masalah mental, sila hubungi doktor pakar)

 Dia cari gaduh dengan semua orang

 Bukan setakat cari gaduh dengan anda, malah semua orang yang dia kenali ada sahaja sebab untuk buat dia naik berang. Gaduh itu biasa, namun jika awek anda gila, bukan setakat gaduh, tetapi mesti belasah orang sehingga separuh mati dengan sepatu tumit tingginya.

 Obsesi terhadap bekas teman lelaki

 Biarpun dia sudah menjadi teman wanita anda, dia masih obses dan gila dengan bekas teman lelakinya. Bukan setakat obsesi dengan bekas teman lelaki, malah si dia bersikap mengawal secara melampau. 

Penggunaan media sosial melampau

 Orang yang tidak boleh hidup tanpa internet merupakan tanda awal alami sakit mental. Jika si dia terlalu sibuk Instagram setiap gambar peribadi atau bergaduh di laman Twitter, mungkin anda harus bawa si dia ke pusat sakit jiwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan