Pages

14 Ogos 2013

Video: Johan Raja Lawak Bawak Keluarga Ke Venezuela?

Video: Johan Raja Lawak Bawak Keluarga Ke Venezuela?KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2013: Tidak seperti kebiasaannya, pelawak Johan Raja Lawak mendedahkan sejak punya keluarga sendiri, dia tidak pernah beraya di rumahnya dan akan membawa keluarganya pergi bercuti selama seminggu bermula raya pertama. Johan memberitahu hos Ieka dalam Video Murai Raya, setiap tahun dia akan punya destinasi pilihan untuk membawa isteri serta anak-anak pergi bercuti atau melancong. Ini kerana bagi Johan, hari raya adalah hari untuknya bersama keluarga dan meluangkan masa berharga bersama. Jika beberapa tahun lalu, Johan memberitahu dia sudah bawa keluarganya ke Hongkong, Singapura dan Australia, kali ini Johan beritahu dia akan ke Venezuela? Benarkah? Nak tahu bagaimana cara Johan dan keluarga sambut di luar Negara ? Semuanya terjawab jika anda menonton Video Raya Murai dibawah ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan