
Penyanyi Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah telah mengesahkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang dengan menikahi gadis pilihannya, Naquia Yasirah Mohd Khairi di Zebra Square, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 13 September ini.
Manakala majlis resepsinya pula akan diadakan pada keesokan harinya (14 September) di lokasi yang sama bermula pada jam 8 malam.
Black, 26 dan pasangannya Naquia Yasirah, 28, yang berasal dari Penang juga akan turut mengadakan jamuan keramaian di Padang PPR Kerinchi pada 15 September bermula dari jam 12 tengahari sehingga 4 petang.
Portal Murai mengucapkan tahniah kepada Black dan pasangannya. Selamat menjalani fasa baru dalam hidup mereka!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan