Pages
▼
23 Julai 2013
PERRGH ! Miley Cyrus, si gadis liar
Bintang pop Miley Cyrus sekali lagi muncul di dalam tabloid akibat seluar jeans pendeknya yang terlalu singkat sehingga ternampak bahagian sulitnya. Seperti yang dilaporkan oleh tabloid di UK, Miley sibuk berparti di kelab malam London Cirque de Soil bersama Pixie Geldof dan Nicole Scherzinger. Dia kelihatan selamba dan tidak kisah tentang pemakaiannya ketika berjalan dan berpegang tangan bersama Nicole. Ketiga-tiga selebriti meninggalkan kelab malam itu pada pukul 4.30 pagi. Miley ke UK untuk mempromosi album terbarunya. ‘We Can’t Stop’ merupakan lagu dari albumnya yang telah ditontoni sebanyak 10.7 juta kali dalam masa 24 jam di YouTube. Videonya dikritik akibat unsur-unsur lucah yang diselit ke dalam lirik lagu dan juga dalam aksi-aksi tarian videonya itu. Nampaknya bintang Hannah Montana ini tidak lagi ingin kembali menjadi bintang pop Disney yang dahulunya memiliki imej ‘budak baik’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan