KUALA PILAH – Misteri tapak kaki luar biasa yang ditemui di Kampung Kepis Baru, dekat sini terungkai apabila Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Jempol mengesahkan ia kesan tapak kaki seekor tapir. Tapir atau nama saintifiknya Tapirus Indicus yang muncul di situ dianggarkan berusia lima ke enam tahun dengan berat antara 100 dan 120 kilogram. Pegawai Perhilitan Jempol, Jamlus Mohd Nor berkata, selepas tersiar di akhbar, pihaknya mengandaikan ia mungkin binatang buas termasuk harimau sebelum melakukan siasatan. “Namun, apabila pemeriksaan secara lebih dekat, kita perhatikan ia hanya tapak kaki seekor tapir dianggarkan besarnya seperti seekor lembu. “Tapak kaki haiwan ini menjadi lebar kerana struktur tanah yang masih lembut dan ia tenggelam apabila dipijak. Mungkin tapir ini datang untuk mencari makan pada waktu malam," katanya.
Pages
▼
18 Jun 2013
PERHILITN SAHKAN TAPAK KAKI MISTERI DI KUALA PILAH MILIK TAPIR.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan